Dalam kehidupan bermasyarakat, jiran merupakan orang kedua yang hampir dengan kita. Jadinya, sikap toleransi sesama jiran memainkan peranan penting. Bukan mudah untuk memahami perangai jiran kerana latar belakang jiran yang pelbagai yang berbeza dengan kita. Dapat jiran yang baik dan mampu bertoleransi adalah satu rezeki.
Namun ada juga yang tidak bernasib baik apabila mendapat jiran yang kurang ajar dan mengamalkan sikap penting diri.
Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik di laman Twitter @My_CrimeWatch, memaparkan seorang wanita yang kelihatan marah dan membaling barang ke dalam rumah jirannya. Tidak dapat dipastikan punca mengapa wanita tersebut bertindak sedemikian.
https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1199137204141871104?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1199137204141871104&ref_url=https%3A%2F%2Famazingnara.com%2Fvideo-apa-masalah-dia-ni-wanita-lempar-barang-ke-rumah-jiran-dikecam-netizen%2F
Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat membaling pasu bunga ke dalam rumah jirannya dan turut memecahkan lampu yang terdapat pada pagar rumah tersebut sebelum kembali memasuki rumahnya sendiri. Kegiatan ‘kurang ajar’ beliau itu berjaya dirakam oleh seorang individu yang turut berada di tempat kejadian.
Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen yang melihat perkongsian ini mengecam keras tindakan wanita tersebut yang dianggap kurang ajar itu dan ada netizen yang turut berkongsi pengalaman tentang perangai jiran mereka.
Sebab tulah aku rela dok condo. Kalau dok rumah panjang mcm ni mcm2 drama kena hadap. Condo very privacy
— Sabaq Sat Naa (@apeinhd) November 26, 2019
Dah biasa. Rumah aku jiran buat kepala parking depan rumah. Siap claim tu parking dia.
— Mustang (@azmihatta_) November 26, 2019
bestnyaaaaa record, kalau jiran tu nak sue, guna je ni as bukti, takpayah nak pakai kad oku la, nampak normal je ni, cuma terencat sbb mcm tak puas hati
— ShikinFahmi (@shikinfahmi25) November 26, 2019
kau bersyukur bukan jiran dengan aku perempuan. hari ni kau deco rumah aku esok lusa rumah kau jadi wonderland aku kerja kau.
— Bananxfruit (@Ekax_) November 26, 2019
Diharapkan dengan perkongsian ini dapat dijadikan iktibar untuk semua orang. Jika tidak puas hati sekali pun dengan jiran kita, berbincanglah dengan baik supaya perkara sebegini dapat dielakkan.
Ikuti kisah wanita ini tentang pengalaman manis beliau bersama jirannya. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Pengalaman Masa Kecil Ajar Saya Tentang Kepentingan Hak Terhadap Jiran
Lihat Cara Kreatif Lelaki Ini Hiburkan Jirannya Di Musim Sejuk Melampau
Damansara Heights Tersenarai Sebagai Kawasan Kejiranan Paling ‘Cool’ Di Dunia