Seorang wanita di Jakarta mendakwa bayi dalam kandungan ‘hilang’ selepas dia tumpangkan seorang nenek misteri.

Dalam sebuah video yang tular di Tiktok baru-baru ini, pengguna @zaitunmoramil, menjelaskan kejadian tersebut bermula apabila ibu bapanya melarang beliau keluar selepas maghrib memandang beliau hamil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Walaupun dinasihatkan, saya tetap keluar selepas maghrib kerana ada beberapa perkara yang perlu saya uruskan,” katanya.

Semasa dalam perjalanan ke destinasi, seorang wanita tua misteri memberhentikannya dan minta untuk menumpang motosikalnya. Melihat bahawa orang yang diminta adalah seorang wanita tua, dia tidak tergamak untuk menolak.

Sepanjang perjalanan, nenek itu dilaporkan bersikap ramah dan bertanya soal anak dalam kandungan.

Tetapi apabila gilirannya bertanya mengenai lokasi rumah nenek tersebut, dia tidak menjawab malah hanya berdiam diri. Menariknya, wanita itu turut di tepi jalan gelap dan sunyi.

Wanita hamil itu merasa pelik kerana jalan itu mati dan tiada rumah berdekatan jalan tersebut.

Seminggu selepas kejadian ini, wanita itu berasa tidak selesa kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan bayinya dan membuat temu janji dengan pakar sakit puan.

“Saya terkejut, kecewa dan takut apabila doktor memberitahu kandungan saya kosong. Kalau tak silap, istilah perubatannya ialah blighted ovum,” katanya.

Blighted Ovum ialah apabila telur yang disenyawakan yang ditanam dalam lapisan rahim tidak tumbuh menjadi embrio walaupun mencetuskan semua gejala awal kehamilan.

Ia akhirnya menyebabkan keguguran pada trimester pertama.

Walaupun misteri itu boleh dijelaskan dengan mudah dengan istilah perubatan, namun perasaan seorang ibu jelas kecewa apabila mengetahui kandungannya sudah tiada.

Lebih-lebih lagi apabila wanita hamil itu berdepan pengalaman misteri bersama wanita tua yang peliknya tersebut.