Baru-baru ini insiden seekor anak gajah jantan berusia kira-kira lima tahun ditemui mati selepas dilanggar sebuah lori kontena di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB)Β Gerik-Jeli telah meruntun hati netizen.

Bagaimanapun, di dalam kecelakaan itu, ada pula yang cuba menunggang insiden tersebut dalam meraih keuntungan mudah daripada orang ramai.

Seperti yang tular di platform X, seorang individu telah berkongsi satu gambar yang dipercayai didapati di TikTok yang mana wujud sebahagian individu mula menjual baju yang memaparkan teks dan grafik berkaitan insiden terbabit.

“Tiada cinta tulus selain cinta ibu kepada anak-anaknya,” tertera ayat memainkan emosi pada yang melihatnya bersama grafik lori di samping sosok ibu gajah bersama anaknya.

Berdasarkan pemerhatian, baju ini sedia dijual pada harga sekitar RM25 sahaja.

@super.jimat

♬ bunyi asal – ꧁ 𝑹.π’Œπ’‚π’š_π‘Άπ’‡π’‡π’Šπ’„π’Šπ’‚π’ κ§‚ – ꧁ 𝑹.π’Œπ’‚π’š_π‘Άπ’‡π’‡π’Šπ’„π’Šπ’‚π’ κ§‚

Bagaimanapun, cubaan mengambil kesempatan ke atas insiden hitam itu telah mencetus amarah di kalangan netizen yang mana rata-ratanya membidas dengan mendakwa ia hanya disalurkan kepada poket seseorang dan tidak memberikan impak terhadap pemuliharaan haiwan atau seumpamanya.

“Gajah pun nak ditunggang pastu claim terus kata dah apply copyright,” komen seorang netizen.

“Benda macam ni diorang guna untuk isi perut sendiri, bukan kesah sangat pun tentang apa yang berlaku,” jelas seorang lagi.

“Siot menunggang gajah,” seloroh seorang netizen.

Tidak kurang juga, ramai yang meluahkan rasa bengang dengan rekaan grafik serta teks yang terlalu berterabur sekaligus dikaitkan dengan baju geng-geng mat rempit yang biasa ditemui di dalam pasaran hari ini.