Anda ada bakat menyanyi lagu rap? Inilah masanya untuk anda tonjolkan bakat itu!
Media Prima sedang mencari rap paling kreatif, paling relatable, dan penuh jiwa Malaysia. Tema untuk anda rap nanti adalah bebas; nak rap tentang nasi lemak? Harimau Malaya? Atau cerita pasal mak anda yang pakar masak rendang? Semua boleh janji ada vibes Paling Malaysia!
TUNJUK SKILL MELALUI RAP PALING MALAYSIA & MENANG RM5,000

Cara untuk anda masuk pertandingan ini pun mudah sahaja:
1) Rakam video rap berdurasi 30 saat hingga 1 minit yang menggambarkan semangat Paling Malaysia
2. Pastikan rap mengandungi sekurang-kurangnya satu daripada perkataan berikut: “Paling Malaysia”, “Confirm Malaysia” atau “Rojak”
3) Muat naik video ke TikTok atau Instagram menggunakan akaun public.
4) Jangan lupa untuk sertakan hashtag rasmi berikut dalam kapsyen: #MediaPrima #OhBulan #RapPalingMalaysia #ConfirmMalaysiaMPB
Selepas itu, penting untuk anda lengkapkan penyertaan dengan menghantar pautan video melalui Google Form rasmi di sini.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Ogos 2025 (11:59 malam waktu Malaysia) – jangan tunggu saat akhir! Setiap individu atau kumpulan boleh hantar seberapa banyak penyertaan yang diinginkan. Bermakna kalau anda ada banyak lagu yang best, lagi tinggi peluang jadi juara.
Jadi, drop the beat, bagi rentak paling padu, dan tunjuk pada semua kenapa rap tu Paling Malaysia! RM5,000 menanti anda. All the best!