Ketika ini, semua peringkat umur mempunyai akses mudah terhadap gajet termasuklah kanak-kanak. Akan tetapi, ia bukanlah sesuatu yang menyihatkan kerana tanpa kawalan, kanak-kanak boleh ketagihan melampau bermain gajet.
Terbaharu, beberapa video yang memaparkan lawatan ibu bapa dan anak-anak ke Muzium Penjara Melaka. Menerusi video terbabit, petugas yang dikenali sebagai Tuan Nizar memberikan demonstrasi sebatan rotan kepada pelawat yang datang.
Baca Juga:
- Mahu Raih Dana Penyelenggaraan Bangunan Warisan, Melaka Perkenalkan Pas Masuk 5 Muzium Serendah RM30
- Lelaki Ini Kongsi Pengalaman ‘Prison Date’ Yang Pasti Buat Anda Hargai Kebebasan
- Wanita Ini Kongsi Pandangan Mengapa Penting Kita Mengekalkan Warisan Kampung Baru
Malah, dia juga menasihati kanak-kanak yang berada di sana dimana mereka akan menerima denda yang sama jika masih ketagih gajet.
@zatyqaderr Terima kasih Tuan 🤝😂 hari yg spatutnya dia happy nak melawat penjara menjadi hari yg pahit utk di telan sbb yg last tu kena tegur dgn tuan😂😂😂 now anak saya still minta phone tapi dia tgk dalam keadaan takut2 🤣 bila kita minta phone semula dia cpt2 kasi 🤭🤭 #muziumpenjaramelaka #fypシ゚viral
@roshamidaabdjamil Terima kasih Tn Nizar.. Pengajaran kekal seumur hidup buat si Ali ni.. 🤣 Tak berani mintak fon sampai sekarang #muziumpenjaramelaka
Susulan itu, ramai kanak-kanak berasa ketakutan dan berjanji bahawa mereka tidak akan bermain gajet terus-terusan lagi.
Video-video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mahu berkunjung ke Muzium Penjara Melaka membawa anak-anak mereka agar dapat mengubah ketagihan mereka terhadap gajet.
Bukan itu sahaja, para netizen juga mencadangkan agar pihak sekolah membuat lawatan ke sini. Malah, rata-rata netizen berpuas hati melihat ramai anak-anak yang insaf apabila melihat show hukuman sebatan dijalankan.
Jika anda mahu berkunjung ke Muzium Penjara Melaka, ia dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Bayaran RM3 pula dikenakan untuk setiap orang.