Ramai yang teruja dengan tayangan dua filem terkini iaitu Oppenheimer dan Barbie secara serentak di semua pawagam. Jadi, orang ramai mula menyerbu pawagam yang terdekat kerana mahu menyertai hype kedua-dua filem ini.
Bagaimanapun pada minggu lalu, sebuah video tular memaparkan satu pasangan bertindak di luar kawalan apabila mereka melenting selepas ditegur kerana terlalu bising di dalam sebuah panggung wayang yang sedang menayangkan filem Barbie.
Baca Juga:
- ‘You Are At Malaysia’ – Tindakan Pemandu Bas Tempatan Ini Halau Pelancong Arab Biadap Raih ‘Sokongan’ Netizen
- ‘Jaga Lu Punya Adab’- Malek Tampil ‘Sekolahkan’ Usahawan Yang Biadap Dengan Warga Emas
- ‘Susah Kalau Orang Sakit Jiwa!’-Tuanku Permaisuri Agong Jawab Komen Biadap Netizen Di Instagram
https://www.tiktok.com/@eclent/video/7258312821585300737
Wanita itu kemudian menjerit dan memarahi penonton lain lalu bertindak melemparkan minuman beralkohol. Selepas itu, pasangan ini meninggalkan panggung tersebut sambil menunjukkan jari tengah kepada penonton lain selepas bertambah kecoh.
Perkongsian di TikTok @eclent itu telah mengundang pelbagai respon daripada netizen. Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah panggung wayang yang terletak di Subang Jaya.
“Bukan sahaja mereka kurang ajar, wanita itu memutuskan untuk membuang minumannya beralkohol kepada penonton wayang lain yang memintanya diam,” tulisnya dalam kapsyen.
Malah, pengguna TikTok tersebut dalam video yang lain memberitahu telah pun membuat aduan kepada pihak pawagam dan pihak mereka juga memberi respon berkenaan isu tersebut.
Menjengah ke ruangan komentar, majoriti netizen meluahkan rasa geram terhadap tindakan tidak senonoh yang dilakukan oleh pasangan tersebut. Malah, mereka juga meminta pihak pawagam dan juga PDRM untuk masuk campur dalam mengambil tindakan sewajarnya.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah pun mendapat lebih 1.8 juta tontonan serta lebih 1,324 komen, difahamkan laporan polis turut dilakukan susulan insiden terbabit.