Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor menegur lagenda bola sepak negara yang memiliki ‘mindset’ zaman purba.

Menerusi laman X miliknya, Tunku Mahkota Ismail memberi respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemain skuad kebangsaan iaitu Dato’ Santokh Singh.

Baca Juga:

Sembang Macam Menang Piala Dunia – Tunku Mahkota Ismail

“Semua bercakap macam kita ni juara Piala Dunia. Nak perubahan tapi pemikiran masih zaman purba. Indonesia, Thailand dan Vietnam dah jauh.

Tunku Mahkota Ismail
Foto: JST OFFICIAL

“Semua upgrade fasiliti bola dan ambil kepakaran luar negara. Kita setakat bercakap saja,” tulis Tunku Mahkota Ismail.

Sebelum ini, Santokh Singh mempersoalkan langkah yang diambil oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengambil jurulatih dari luar negara dan juga pemain warisan.

Tunku Mahkota Ismail
Hector Hevel

“FAM sekarang dah jadi Football Association of Mat Saleh. Kenapa ramai mat saleh bekerja di sana? Apa sudah jadi kepada jurulatih tempatan kita?

“Apa itu warisan? Pemain dari luar negeri, tak dapat tempat dia balik sini dia dapat warisan. Mereka semua nak kejayaan segera, dan itu sukar untuk dicapai,” kata Santokh.