Sejak Jumaat yang lalu, jenama fesyen terkemuka Christy Ng telah membuat jualan gudang di mana peminat setia jenama itu sanggup beratur 7 jam untuk membeli barangan daripada jenama itu pada harga runtuh.

Malas, pengasanya sendiri turut turun padang bagi mengurus keadaan di jualan gudang tersebut. Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok, beliau dilihat sibuk mengjaga kelancaran jualan dan turut menjawab sapaan peminat.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Christy Ng juga dilihat turut turun padang bagi mengurus keadaan siap bertuala kecil

@nurfarahhoney

Replying to @Diamond07 πŸ’Ž hebat tapi humbleeeee terukkk dengan towel dia πŸ˜‚β€οΈ im happy for her brand major respect 😭

♬ original sound – Hakak Inai πŸ’…πŸ» – Hakak Inai πŸ’…πŸ»

Namun, mata netizen turut tertumpu kepada beg tangan yang dipakai Christy. Daripada pemerhatian netizen, dari jauh ia sangat mirip dengan tote bag Goyard, jenama beg mewah berasal dari Perancis.

Yang menjadikna Goyard Saint Louis Tote ini sangat menyerlah adalah kerana rekaan corak monogram ikoniknya. Berdasarkan semakan di laman StockX, harga jualan terkini beg berwarna hijau tersebut adalah sekitar RM9,000.

Goyard Saint Louis Tote ‘Green’

Ada yang meninggalkan komen berbunyi Christy Ng ‘tidak pakai beg jenamanya sendiri’. Tetapi sebenarnya tidak salah pun untuk beliau menggayakan beg jenama lain. Mungkin beg yang dipakainya itu bakal menjadi inspirasi kepada rekaan beg Christy Ng yang lain di masa akan datang.

Christy Ng sendiri turut mengeluarkan corak monogramnnya yang tersendiri pada beberapa koleksinya sebelum ini.

Dalam pada itu, Christy Ng juga baru melancarkan koleksi edisi khas terkininya bersama Starbucks yang boleh didapati di cawangan Starbucks berdekatan anda.