Sebut mengenai Christy Ng, pasti ramai cukup kenal dengan jenama ini khususnya para wanita. Berjaya menawarkan seleksi beg tangan berkualiti tinggi serta bergaya antara yang membuatkan jenama ini kekal releven dalam pasaran bagi tempoh yang panjang.
Terbaharu, jenama tempatan ini buat julung-julung kalinya dalam tempoh 4 tahun ini telah mengadakan jualan gudang di mana para peminat berpeluang mendapatkan produk Christy Ng dengan harga mampu milik.
Baca Juga:
- Berang Crepe Habis Selepas 3 Jam Beratur, Pelanggan Bertindak Mahu Tumbuk Dan Maki Penjual
- Orang Ramai Sanggup Beratur Sehingga 7 jam Demi Nasi Lemak Di Seri Kembangan Ini
After 4 long years, our much anticipated Warehouse Sale is back! Register your attendance here https://t.co/B2Iss0nmNe
Date: 23rd, 24th and 25th June 2023
Time: 9am till 5pm
Venue: 7, PJ 51 Industrial Park, Jalan Tandang 51/205A, 46050 Petaling JayaSee you there 🙌🏻 pic.twitter.com/DerOVN35mL
— Christy Ng (@christyngshoes) June 17, 2023
Difahamkan beg tangan Christy Ng ini sedia ditawarkan pada harga diskaun sehingga 90% di mana para peminat berpeluang mendapatkannya dengan harga serendah RM9 sahaja.
Menawarkan jualan ‘harga runtuh’ selama 3 hari bertempat di PJ 51 Industrial Park, Petaling Jaya jualan gudang Christy Ng telah berjaya mendapat sambutan luar biasa khususnya daripada pada wanita.
https://www.tiktok.com/@wanisumali/video/7247714783993089298?q=christy%20ng&t=1687571106602
Menerusi perkongsian TikTok @wanisumali, dapat dilihat orang ramai sudah mulai beratur panjang pada awal pagi demi mendapatkan beg berjenama ini pada harga mampu milik.
Bukan itu sahaja, netizen menerusi ruangan komen video yang dikongsikan ini turut memaklumkan telah terpaksa beratur lebih 6 jam untuk berpeluang memasuki ruang jualan gudang Christy Ng.
Bukan itu sahaja, terdapat dakwaan netizen yang memaklumkan punca berlakunya beratur panjang ini disebabkan personal shopper yang hadir lebih awal bagi mendapatkan beg tangan yang dipesan para pembeli.
Jualan gudang Christy Ng ini berlangsung selama tiga hari iaitu pada 23 – 25 Jun ini bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang. Buat peminat Christy Ng yang sanggup beratur panjang demi mendapatkan beg jenama ini pada harga mampu milik, mungkin jualan gudang ini antara yang boleh anda lawati.