Twitter Blue kini sudah dilancarkan secara global dan boleh dilanggan oleh semua pengguna. Dengan ini, pengguna berpeluang menikmati sejumlah ciri menarik yang dapat meningkatkan pengalaman penggunaan yang lebih baik.
Menerusi Blue, pengguna bakal mendapat pengesahan verified berwarna biru pada nama, kebolehan menyunting ciapan yang dihantar, menghantar ciapan mencecah 4,000 aksara, pengurangan iklan dan banyak lagi ciri baharu yang akan menyusul.
Baca Juga:
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- Apa Jadi Jika Anda Tak Bayar Cukai Pendapatan?
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Twitter Blue is now available globally! Sign up today to get your blue checkmark, prioritized ranking in conversations, half ads, long Tweets, Bookmark Folders, custom navigation, Edit Tweet, Undo Tweet, and more. Sign up here: https://t.co/SBRLJccMxD
— Premium (@premium) March 23, 2023
Setakat ini, ciri pengurangan iklan masih lagi belum diaktifkan. Malah, Elon Musk juga berkata perkongsian keuntungan iklan juga akan dikongsi dengan pelanggan Blue tetapi ciri ini masih belum diaktifkan.
Twitter Blue sedia ditawarkan pada harga RM35 sebulan atau RM369 setahun apabila dilanggan menerusi platform web. Harga langganan akan meningkat dengan tinggi apabila anda melanggan menerusi aplikasi Android atau iOS yang mana ia mencapai RM55 sebulan atau RM519.90.