Twitter kini dilaporkan menghadapi masalah untuk diakses menerusi versi web. Para pengguna bakal melihat laman utamanya tidak beroperasi atau memaparkan sebarang Tweet menerusinya.
Hal ini sekaligus membuatkan semua pengguna Twitter di web tidak dapat menggunakan perkhidmatan berkenaan buat masa ini. Malah, akaun Twitter anda juga akan terkeluar secara automatik.
Baca Juga:
- Elon Musk Akan Letak Jawatan Jika Dia Jumpa ‘Orang Bodoh’ Yang Mahu Jadi CEO Twitter
- Twitter Sedia Sekat Sebarang Perkongsian Pautan Daripada Media Sosial Lain
Berdasarkan semakan terkini, aplikasi Twitter di telefon pintar masih beroperasi dan boleh digunakan seperti biasa buat masa ini. Sementara versi web pula menghadapi masalah untuk diakses dan hanya diberi notifikasi bahawa ada berlaku masalah daripada pihak pembangun sendiri.
Menerusi laporan Downdetector, laman Twitter ini mulai mengalami masalah sekitar jam 8 pagi ini di mana ribuan pengguna telah membuat laporan mengenai kegagalan untuk diakses.
Setakat ini, Pihak Twitter masih belum mengeluarkan sebarang berkenaan perkara tersebut. Jadi, anda tidak perlu gusar sekiranya tidak boleh mengakses Twitter di web pada ketika ini kerana semua pengguna menghadapi masalah yang sama.