Twitter menyatakan ketersediaan untuk melancarkan ciri baharu yang membolehkan penggunanya mengakses kripto, saham dan aset kewangan lain menerusi jalinan kerjasama syarikat fintech eToro.
Kerjasama itu akan menumpukan dan mengembangkan ciri cashtag Twitter untuk merangkumi lebih banyak instrumen dan kelas aset menurut jurucakap eToro.
Menerusi laporan eksklusif CNBC, syarikat media sosial yang diketuai oleh Elon Musk merancang untuk membenarkan pengguna melihat carta pasaran pada rangkaian instrumen kewangan yang diperluas di samping membeli dan menjual saham serta aset lain daripada eToro.
🎉Very excited to be launching a new $Cashtags partnership with @Twitter which will enable Twitter users to see real-time prices for a much wider range of stocks, crypto & other assets as well as having the option to invest through eToro. @elonmusk https://t.co/Iv2q9iNxbf
— eToro (@eToro) April 13, 2023
Dengan ini, ia akan mengembangkan ciri ‘cashtag’ yang sedia ada sekaligus membolehkan pengguna melihat data dagangan secara live pada dana indeks seperti S&P 500 dan saham beberapa syarikat seperti Tesla menerusi integrasi eToro kelak.
Selepas ini, para pengguna Twitter berpeluang mengetahui harga semasa kriptowang seperti Bitcoin atau stok saham syarikat dan membuat dagangan secara langsung menerusi laman eToro.
CEO eToro, Yoni Assia turut mengatakan bahawa pengguna platform mereka sangat aktif berbicara mengenai pasaran dan analisis di Twitter. Jadi, kerjasama ini dapat  menghubungkan jenama Twitter dan eToro dengan lebih baik.
Kita sedia maklum Elon Musk sangat mendokong idea kriptowang di samping mahu menjadikan Twitter sebagai ‘aplikasi Super’ di mana lengkap dengan pelbagai fungsi. Jadi, tidak hairanlah jika adaptasi baharu ini bakal menjayakan visi beliau yang mahu menyaingi aplikasi media sosial terkemuka lain.