Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menghantar pesawat bantuan pertama ke mangsa banjir di Brazil pada Sabtu.

Pesawat pertama yang berlepas itu membawa 100 tan makanan, perubatan, dan bantuan kemanusiaan yang lain.

Brazil terjejas teruk kerana banjir yang melanda negara itu. Oleh sebab itu, Presiden Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengerahkan agar bantuan dihantar segera ke sana.

Menurut laporan BERNAMA, Menteri Negara bagi Kerjasama Antarabangsa, Reem Ebrahim Al Hashimy berkata sistem pemantauan UAE yang mantap mengesan pelbagai bencana alam termasuk banjir dan kesannya.

UAE Hantar Pesawat Pertama Salur Bantuan 100 Tan Makanan Ke Mangsa Banjir Di Brazil

“Apabila bencana ini melanda dan menyebabkan kerosakan, UAE segera memberikan bantuan kemanusiaan segera melalui program bantuan luar negaranya.

“Bantuan ini membantu rakyat di negara-negara yang terjejas untuk pulih daripada kemusnahan, terutamanya kumpulan yang terdedah seperti wanita, kanak-kanak dan warga emas,” tegas beliau.

Selepas ini dua pesawat lagi dijadualkan akan menghantar  200 tan bantuan, menjadikan jumlah bantuan yang akan diberikan sekitar 300 tan selaras dengan usaha bantuan UAE.