Udang-undang siber di UAE memang ketat untuk mengawal kelakuan dan akhlak rakyatnya termasuk di platform media sosial dan digital lain

Antaranya, UAE adalah negara yang mengharamkan penggunaan bahasa kasar atau isyarat lucah, termasuk dalam aplikasi mesej seperti WhatsApp, Instagram DM, Telegram dan sebagainya.

Undang undang tersebut sudah lama dikuatkuasakan di negara tersebut dan masih berkuat kuasa sehingga ke hari ini.

Jaga akhlak ketika di platform digital sekalipun 

Di bawah Artikel 373 Kod Penal UAE, serta Undang-undang Jenayah Siber UAE, mana-mana penghinaan, cercaan, atau bahasa tak sopan melalui saluran elektronik dianggap jenayah.

Uae
People stand outside the federal supreme court in Abu Dhabi November 27, 2011. REUTERS/Nikhil Monteiro

Ini termasuk mesej teks, gambar, emoji, dan isyarat tangan (dalam video atau emoji).

Contoh Kesalahan yang boleh dikenakan tindakan perundangan adalah termasuk menggunakan kata-kata seperti “bodoh”, “anjing”, “sial”, atau sebarang bentuk makian yang dianggap tidak sopan.

Selain itu, jika seseorang itu menghantar emoji jari tengah atau apa-apa bentuk emoji atau simbol yang boleh dianggap menghina, juga akan disiasat dan dihukum di bawah akta yang sama.

Seterusnya, di UAE, tindakan mengeji, mengina orang secara langsung atau sindiran dalam mesej peribadi juga adalah satu kesalahan

Kesalahan mencarut dan menghina orang lain di UAE membolehkan pesalah berdepan dengan denda sehingga AED 250,000 (RM320,000) serta penjara.

Jika pesalah adalah ekpastriat atau warga asing, tindakan lebih tegas dikenakan termasuk deportasi.

Ini bukan undang undang sekadar menakut nakutkan mereka yang tinggal di UAE, kerana pernah berlaku di mana seorang warga India di UAE dideportasikan kerana guna emoji jari tengah dalam WhatsApp.

Terdapat juga kes di mana pekerja asing dihukum kerana guna perkataan kasar dalam ‘group’ kerja.

UAE adalah negara yang benar benar menekankan nilai moral dan agama Islam yang menjadi panduan utama.

UAE juga menegaskan bahawa langkah ini diambil untung menjaga maruah sesama manusia.

Ianya juga dapat mengawal rakyat dan warga asing yang tinggal di UAE daripada terlibat dengan fitnah, penghinaan, dan adu domba. Dalam erti kata lain, seseorang itu bukan sahaja harus menjaga akhlak di luar, malah perlu menjaga akhlak awam di ruang digital.

Jadi, jika anda tinggal atau melancong ke UAE, kami nasihatkan anda jaga bahasa dan emoji ketika bermesej terutamanya ketika berurusan dengan warga UAE.

Kerana pernah terjadi seorang wanita Britain, ditahan di lapangan terbang, kerana menggunakan kata kata kesnya dalam perbualannya di WhatsApp. Wanita tersebut menangis kerana tidak dibenarkan menaiki pesawat, kerana dia perlu menjalani proses perundangan dahulu selepas melakukan kesalahan siber.

Uae

BBC pernah melaporkan seorang rakyat UAE pernah didenda lebih RM280,000 kerana mencarut dalam perbualan WhatsApp.

Kera di UAE negara itu tidak menganggap “private chat” sebagai bebas dari undang-undang.

Bayangkan kalau undang undang seketat ini dikuatkuasakan di Malaysia?