Selepas UberEATS berjaya di Australia, nampaknya servis UberEATS ini akan tiba di Kuala Lumpur pula dalam masa terdekat.

Sebelum tu, apa tu UberEATS? UberEATS adalah servis penghantaran makanan dari restoran yang anda ingini dalam masa 10 minit atau kurang. Jadi ianya adalah servis penghantaran makanan seperti Foodpanda.

Servis ini praktikal untuk golongan bekerja kerana makanan yang dipesan akan terus dihantar ke pejabat anda. Jadi anda tidak perlu pening mahu makan apa waktu lunch hour nanti.

Tiada tarikh khusus bila UberEATS akan berada di Malaysia tetapi mereka kini sedang mencari pekerja untuk servis UberEATS ini. Kalau anda berminat untuk bekerja untuk UberEATS, boleh hantar resume anda di sini. Harap-harap Gold Chilli turut serta dalam servis ini nanti. Boleh delivery nasi butter chicken ke pejabat.

BACA : Uber Lancarkan Servis UberEATS Di Australia

Sumber