Berita baik pengguna dan buat mereka yang menjalankan perkhidmatan Uber dan Grab. Perkhidmatan Uber dan Grab bakal dihalalkan operasinya setelah kabinet bersetuju dengan konsep “e-hailing” oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Menurut laporan The Sun, sidang kabinet sangat berpuas-hati dengan 11 inisiatif yang dibentangkan, terutama inisiatif transformasi industri teksi negara dengan projek kemas kini Teksi1Malaysia (Teksi1M). Pelan rancangan ini bakal beroperasi pada hujung tahun ini.
Menurut laporan tersebut, sidang Kabinet secara keseluruhan bersetuju dengan membenarkan operasi Uber dan Grab secara halal ialah satu langkah bijak untuk menjaga kepentingan rakyat.
Dianggarkan seramai 150,000 pemegang permit teksi baharu akan muncul dalam tempoh tiga tahun akan datang, termasuk pemandu Uber, Grab dan pemilik teksi individu. Pertambahan ini bakal memberi saingan buat kesemua pihak untuk menambah baik servis mereka khususnya memberi keselasaan buat pengguna.
Kami berharap dengan termeterainya perjanjian ini, insiden-insiden melibatkan pencerobohan atau provokasi melibatkan syarikat Uber, Grab dan pemilik teksi individu tidak lagi berlaku.
Adakah anda lebih selesa menggunakan servis Uber dan Grab atau lebih mudah dengan servis teksi di negara kita? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Baca lagi: Tidak Tahu Sama Ada Memilih Uber Atau Grab Google Maps Sediakan Jawapan Terbaik