Jika anda sering mengikuti The Vocket, pastinya anda mengetahui kami sangat teruja untuk berkongsi kepada anda dua syarikat yang sering hadir dengan inovasi terbaru buat pelanggan iaitu Tesla dan Uber.

Terbaru, Uber telah melancarkan fungsi khas khususnya buat para pelancong mahu ke Bali. Popular dengan pulau yang cantik serta sering dilawati para pelancong yang lebih mesra dengan Uber, syarikat ini telah melancarkan UberTrip. Servis ini merupakan servis pertama di dunia dan Bali dipilih sebagai bandar yang pertama hadir dengan fungsi ini.

uber_bali

UberTrip merupakan sebuah fungsi khas dimana anda boleh menggunakan servis Uber yang sama sehingga 5 jam. Lebih menarik, anda juga boleh berhenti ke destinasi yang anda mahukan secara fleksibel dan para pemandu bakal menunggu anda.

Dari segi kos, Uber akan mengecas pengguna sebanyak $22.30 (~RM100) untuk 5 jam perjalanan dan $0.07 (~RM0.31) untuk setiap pertambahan minit selepas 5 jam.

610162_1680_948

Buat anda yang pernah ke Bali, adakah berbaloi dengan masa dan kos yang ditawarkan daripada Uber? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Sumber