Undian pusingan 16 saingan UEFA Champions League (UCL) 2024/25 menyaksikan beberapa pertembungan menarik bakal mencuri tumpuan.

Pertembungan paling menarik pastinya menemukan pendahulu saingan English Premier League (EPL) dan Ligue 1 iaitu Liverpool serta Paris Saint-Germain (PSG).

Baca Juga:

Selain itu, laluan Real Madrid tidak kurang menariknya dengan pertembungan dengan seteru utama, Atletico Madrid.

UCL
Bayern Munich akan berhadapan dengan Bayer Leverkusen, Kredit Foto: REUTERS/Angelika Warmuth

Satu lagi pertemuan sesama negara dapat disaksikan apabila Bayern Munich bakal berhadapan dengan pesaing utama mereka dalam Bundesliga, Bayer Leverkusen.

Sementara itu berdasarkan pemerhatian atas kertas, pasukan-pasukan seperti Arsenal, Inter Milan, Barcelona, Aston Villa dan Borussia Dortmund sedikit memiliki kelebihan.

UCL
Inter Milan menjadi wakil tunggal Itali dalam saingan. Kredit Foto: REUTERS/Pierre Albouy

Berikut merupakan senarai penuh keputusan undian pusingan 16 UCL 2024/25 yang berlangsung sebentar tadi.

1) PSV (Belanda) vs Arsenal (England)
2) Real Madrid (Sepanyol) vs Atletico Madrid (Sepanyol)
3) PSG (Perancis) vs Liverpool (England)
4) Club Brugge (Belgium) vs Aston Villa (England)
5) Benfica (Portugal) vs Barcelona (Sepanyol)
6) Borussia Dortmund (Jerman) vs Lille (Perancis)
7) Bayern Munich (Jerman) vs Bayer Leverkusen (Jerman)
8) Feyenoord (Belanda) vs Inter (Itali)

Perlawanan pertama pusingan 16 dijadualkan berlangsung pada 4 dan 5 Mac manakala perlawanan timbal balik pula pada 11 serta 12 Mac.

Perlawanan akhir bakal berlangsung di Munich pada 31 Mei nanti.

Gambaran suku akhir UCL 2024/25

1) PSV/Arsenal vs Real Madrid/Atletico Madrid
2) PSG/Liverpool vs Club Brugge/Aston Villa
3) Benfica/Barcelona vs Borussia Dortmund/Lille
4) Bayern Munich/Bayer Leverkusen vs Feyenoord/Inter Milan

Real Madrid merupakan juara bertahan selepas menundukkan wakil Jerman, Borussia Dortmund 2-0 pada aksi final edisi 2023/24 yang berlangsung di Wembley.