Saingan UEFA Champions League (UCL) 2024/25 juga semakin menarik untuk disaksikan apabila lapan pasukan sudah mengesahkan tempat ke suku akhir.

Keputusan yang menyaksikan kelab-kelab elit Eropah seperti Real Madrid, Bayern Munich dan Barcelona berjaya melangkah ke peringkat seterusnya bagi menambahkan lagi kehangatan saingan kali ini.

Baca Juga:

Yang paling mencuri tumpuan pastinya kejayaan Paris Saint-Germain (PSG) menundukkan gergasi England, Liverpool menerusi penentuan sepakan penalti di Anfield.

UCL
Soccer Football – Champions League – Round of 16 – Second Leg – Liverpool v Paris St Germain – Anfield, Liverpool, Britain – March 11, 2025 Paris St Germain’s Gianluigi Donnarumma celebrates after the match REUTERS/Peter Powell

Cabaran kelab England pada ketika ini disandarkan kepada Arsenal dan Aston Villa yang selesa menundukkan lawan masing-masing.

Berikut merupakan senarai penuh lapan pasukan yang mara ke suku akhir:

Suku Akhir UCL 2024/25

1) Arsenal (England)

Anak buah Mikel Arteta cukup garang dengan kemenangan 7-1 pada aksi pertama ke atas PSV Eindhoven dan mengesahkan kemaraan dengan kemenangan 9-3.

2) Real Madrid (Sepanyol)

Juara terbanyak dalam sejarah UCL ini mengenepikan cabaran musuh setempat, Atletico Madrid 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti yang cukup dramatik.

Arsenal bakal menjadi lawan Los Blancos pada aksi suku akhir nanti.

3) Paris Saint-Germain (Perancis)

PSG bangkit daripada tewas 0-1 di laman sendiri untuk mengikat Liverpool 1-1 dan kemudiannya meraih kemenangan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti.

Selepas Liverpool, satu lagi wakil dari England perlu dihadapi oleh PSG iaitu Aston Villa.

4) Aston Villa (England) 

Villa pula beraksi cemerlang untuk menundukkan wakil Belgium, Club Brugge dengan kemenangan agregat 6-1.

UCL
Soccer Football – Champions League – Round of 16 – Second Leg – FC Barcelona v Benfica – Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona, Spain – March 11, 2025 FC Barcelona’s Raphinha celebrates scoring their first goal with teammates REUTERS/Albert Gea

5) Barcelona (Sepanyol)

The Blaugrana yang berada di prestasi baik berjaya menundukkan gergasi Portugal, Benfica dengan keputusan agregat 4-1.

6) Borussia Dortmund (Jerman)

Jaringan Maximilian Beier pada minit ke-65 membawa Dortmund yang merupakan finalis edisi lalu ke suku akhir UCL selepas menang 3-2 menerusi agregat ketika berdepan Lille dari Perancis.

Wakil Jerman itu akan berhadapan tugas berat apabila dijadualkan berdepan Barcelona.

7) Bayern Munich (Jerman)

Juara enam kali saingan itu tidak terlalu berdepan masalah untuk menundukkan pencabar terdekat yang juga merupakan  kelab dari Jerman iaitu Bayer Leverkusen dengan agregat 5-0.

8) Inter Milan (Itali)

Skuad kendalian Simone Inzaghi ini menundukkan wakil Belanda, Feyenoord dengan agregat 4-1 untuk menempah pertemuan dengan Bayern Munich nanti.