Semalam seorang lelaki yang juga ikon permotoran ditahan polis kerana disyaki mengugut menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya, lapor Berita Harian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, ketika mengesahkan tangkapan itu, berkata suspek ditahan untuk siasatan selepas selepas polis menerima laporan dibuat mangsa.

Baca Juga:

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula hari ini hingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” kata Superintendan Noor Ariffin lagi.

Sumber