Pada 4 September lalu, Samsung Electronics Co., Ltd. telah mengumumkan pelancaran Galaxy S25 FE, ahli terbaru dalam keluarga Galaxy S25. Dengan One UI 8 dan pengalaman AI Galaxy terkini, ia menawarkan personalized AI companion dengan keupayaan yang pelbagai.
Seperti yang dijangka daripada siri Fan Edition (FE) sebelum ini, Galaxy S25 FE direka untuk menawarkan ciri-ciri flagship daripada siri Galaxy S25 pada harga yang lebih mampu milik buat pengguna.

Galaxy S25 FE memberi ruang kreativiti buat pengguna melalui fungsi suntingan AI seperti Generative Edit dan Instant Slow-mo, serta kamera hadapan 12MP yang dinaik taraf bersama enjin AI ProVisual.
Tidak lupa bateri bersaiz 4,900mAh serta ruangan penyejukan ruang wap (vapor chamber) 10% lebih besar bagi memastikan prestasi lancar dan peranti dapat bertahan sepanjang hari dengan sokongan pengecasan berwayar 45W.
Pendek kata, peranti ini cukup untuk memberi pengguna all day performance dan pengguna tak perlu risau tentang hayat bateri peranti mereka selepas pengecasan penuh.
Peranti ini cuma berada di pasaran pada 19 September tapi sudah ada di tangan kami!
Kami agak teruja apabila kami diberi peluang menjadi antara yang pertama di Malaysia untuk mencuba peranti Galaxy S25 FE ini. First look, memang nampak solid dan ‘puas’ dengan saiz skrin 6.7” Dynamic AMOLED 2X dengan kadar refresh rate 120Hz.
Bila refresh rate tinggi, lagi best untuk kita scroll feed media sosial dan tonton video. Semua smooth sahaja. Dan tidak lupa kerangka aluminiumnya yang dipertingkatkan untuk ketahanan dan finishing yang lebih menarik.
Sebelum kita pergi ke review pantas peranti ini, ini quick look segala highlight utama peranti Galaxy S25 FE ini.
Galaxy AI Terkini (One UI 8)
– Fungsi Gemini Live, Now Bar & Circle to Search untuk memudahkan carian dan aktiviti harian anda
– Privasi anda dilindungi dengan Knox Enhanced Encryption Protection (KEEP)
Kamera & Kreativiti AI
– Kamera hadapan 12MP + ProVisual Engine untuk selfie yang lebih on point
– Generative Edit untuk buang objek tidak diingini secara automatik
– Nightography & Super HDR untuk gambar dan video ‘lebih hidup’
– Instant Slow-mo + Audio Eraser untuk suntingan video lebih pelbagai dan jelas
Prestasi & Bateri
– Bateri 4,900mAh + pengecasan pantas 45W
– Vapor chamber 10% lebih besar supaya peranti sentiasa cool
– Skrin 6.7” Dynamic AMOLED 2X, 120Hz
Reka Bentuk & Sokongan
– Bingkai Armor Aluminum lebih tahan lasak
– 7 tahun kemas kini OS & sekuriti. Tak perlu bimbang peranti outdated dengan cepat!
Ulasan Pantas Pertama: Kamera Utama Galaxy S25 FE

Selepas menerima peranti ini, perkara pertama yang kami terus buat selepas buka kotak adalah untuk mencuba kamera utamanya. selain performance, ramai yang beli phone baharu salah satunya sebab nak tangkap gambar kan?
Dan ya, ia tidak mengecewakan. Galaxy S25 FE hadir dengan sistem tiga kamera iaitu kamera utama 50MP dengan OIS, kamera ultra lebar 12MP, dan kamera telefoto 8MP dengan 3X optical zoom serta OIS.
Apa tu OIS? OIS bermaksud Optical Image Stabilization – sistem penstabilan imej optik. Ia bantu untuk kurangkan gegaran tangan masa kita ambil gambar atau rakam video. Jadi, hasil gambar atau video akan lebih jelas, kemas & kurang blur.

Ini adalah contoh gambar yang kami rakam secara 0.6, standard, X2, X3, X10 dan X30. Memang dapat zoom jauh tetapi hasil gambar akan ‘pecah’, perkara biasa jika kita rakam gambar dengan zoom maksima.
Namun, dalam keadaan tertentu sahaja kita mungkin akan guna zoom sejauh ini. Tetapi bagaimana hasil gambar untuk standard dan zoom biasa? Memang on point.

Anda suka makan dan review makan? Galaxy S25 FE ini ada mode khas untuk ‘food photography‘ dan bila guna mode ini untuk tangkap makanan, bila tengok balik gambar makanan terus rasa lapar. Memang mode ini serlahkan ‘kesedapan’ gambar makanan tersebut. Ini contoh gambar yang kami rakam.
Ulasan Pantas Kedua: Generative Edit, Sketch To Image & Circle To Search
“Alamak! Gambar dah cantik tapi ada pulak benda ni!” Biasa dengar keluhan ni? Tidak mengapa, Galaxy S25 FE boleh bantu selesaikan. Ada satu fungsi editing pantas yang dinamakan Generative Edit yang boleh bantu buang benda tidak diingini itu.
Caranya? Bulatkan item yang anda mahu remove, Galaxy S25 FE ini kemudiannya akan hilangkannya dalam beberapa saat. Kalau dulu, kita panggil ini ‘photoshop’. Tak perlu lagi bergantung pada orang lain untuk bantu, kita buat sahaja sendiri.


Contoh macam gambar di atas ini. Ada Tung Tung Tung Sahur dan nak buang poster tidak merokok. Apa yang Generative Edit ini buat adalah ia fill up item yang dibuang itu mengikut keadaan sekeliling. Macam pada gambar ini, ia fill up tekstur meja pada ruang kosong patung dan dinding.
Hasilnya? Gambar baharu dengan hasil yang sangat suntingan yang clean. Fungsi suntingan pantas AI ini ada sebenarnya ditawarkan pada jenama lain tetapi hasil Generative Edit ini pada saya antara yang paling kemas dan nampak real.
Sketch to Image pula adalah fungsi untuk anda tambah dan meriahkan lagi gambar anda. Nak tambah kucing? Lukis. Nak tambah cermin mata? Lukis. Galaxy S25 FE akan bantu anda.

Cumanya anda kena betul-betul lukis apa yang anda mahu. Mungkin anda mahu lukis burung, ia hasilkan gambar bangau. Gambar yang dihasilkan adalah random dan mengikut lakaran anda. Tak kesampaian saya untuk lihat godzilla melawat menara PNB 118.
Circle to search pula memudahkan anda mencari sesuatu. Katalah anda nampak sesuatu yang menarik pada satu gambar yang anda sedang scroll di media sosial. Anda hanya perlu tekan butang home, dan bulatkan item tersebut. Galaxy S25 FE akan bantu carikan info item itu. Siap beri link nak beli kat mana lagi!
Ulasan Pantas Ketiga: Prestasi, hayat bateri dan pengecasan pantas 45W

Jika anda membeli peranti ini, anda akan terima peranti dan kabel pengecasan 45W sahaja. Berdasarkan pembacaan saya, anda boleh mengecas 65% peranti ini dalam masa 30 minit. Bermakna, untuk pengecasan penuh daripada 0% adalah sekitar 45-50 minit.
Untuk prestasi? Tiada masalah dan lancar. Walaupun bermain permainan video ‘berat’ seperti eFootball 2026, semuanya smooth sahaja.
Kami tidak boleh terlalu memuji berkenanan ini kerana semua peranti baharu hayat baterinya masih tinggi. Cuma jika ia konsisten, peranti ini walaupun heavy usage, ia akan bertahan seharian bergantung kepada penggunaan.
Kesimpulannya?
Secara keseluruhannya, kami seronok menggunakan peranti ini dan dengan apa yang ditawarkan, peranti ini sesuai untuk anda yang mencari peranti yang just nice. Tidak lupa 7 tahun kemas kini yang dijanjikan untuk peranti ini sesuatu yang menarik. Sesuai untuk mereka yang setia/jarang tukar peranti.
Beberapa fungsi lain seperti Audio Eraser untuk video masih belum kami cuba namun setakat yang kami cuba, kami berpuas hati dengan apa yang ditawarkan pada Galaxy S25 SE ini.
Samsung Galaxy S25 FE akan dilancarkan di Malaysia secara rasmi pada:
Tarikh pelancaran: 19 September 2025
Harga 256GB – RM3,099
512GB – RM3,699
Warna: Navy, Jetblack, Icyblue, White
Untuk tempahan atau maklumat lanjut mengenai model ini, anda boleh lawati pengedar Samsung berhampiran anda atau tekan di sini.