Nota Editor: Penulisan ini ditulis oleh Tuan Dr Khairul Hafidz Alkhair, seorang Pegawai Perubatan di Hospital Jengka, Pahang. Kami mengharapkan sebelum menekan butang ‘share’ kita memeriksa sumber dan memastikan apa yang dikongsi itu benar atau tidak.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Saya ada membaca satu status Facebook yang telah viral, kisah seorang wanita bersalin yang mengambil epidural akhirnya disahkan lumpuh.

Sebagai petugas kesihatan, saya lihat banyak fakta-fakta meragukan dalam apa yang diceritakan, tak jelas sumber dari mana, di mana dia bersalin, kerajaan atau swasta, isu doktor pelatih, informed consent tanpa penjelasan risiko dan komplikasi prosedur? Saraf tunjang 80% rosak? Dan orang yang menyebarkan status ini akhirnya mengaku dia hanya copy paste sahaja status itu, bila ramai yang membalas, menolak apa yang dia tulis, barulah nak mengaku bukan dia, ini cukup bahaya.

Inilah fitnah-fitnah yang perlu dihadapi oleh kami para doktor, masyarakat memang senang terpengaruh dengan cerita sensasi seperti ini, ada yang tidak semak dan percaya bulat-bulat, lebih parah, share dan viralkan.

Ini yang merencatkan usaha para doktor untuk mendidik masyarakat, permainan persepsi tidak perlu fakta dan bukti, cukup dengan cerita menyeramkan yang akan menjadi satu trauma kepada masyarakat, akhirnya masyarakat berpegang kepada perkara yang tidak betul.

Isu ini cuma salah satu, banyak lagi isu-isu sensasi yang tidak dipastikan kesahihannya berlegar di kalangan masyarakat, susah kami nak ubah kembali persepsi rakyat.

Sebab itu perlu ada gerakan atau individu dari profesi kami yang tampil di laman sosial untuk menerangkan kepada masyarakat, melawan individu atau golongan-golongan penentang yang membuat onar dan menyebarkan maklumat yang salah kepada rakyat.

Ada yang sindir kami, kami yang muda nilah yang melentingnya, hebat menolak di laman sosial, doktor-doktor pakar tidak pun kata apa-apa.

Ibarat dunia persilatan, bila ada masalah, tak akan MAHAGURU yang akan turun padang dulu? Kami orang mudalah yang jadi benteng pertama menangkis segala muslihat lawan. Dan kami Generasi Y ini lebih faham dan tahu selok belok laman sosial, jadi kamilah yang patut bertindak, guna media yang sama seperti golongan itu gunakan, apa salahnya?

Tapi mereka ini cukup licik, mengikat para doktor dengan peraturan, walaupun apa yang dikatakan oleh para doktor adalah fakta dan kebenaran. Golongan ini jangan buat-buat lupa, NEGARA juga ada UNDANG-UNDANG, jangan sampai kami gunakan cara yang sama seperti yang mereka guna kepada kami.

Sekali lagi saya seru, buat doktor dan bakal doktor, teruskan lagi menulis, menolak fitnah, mengubah persepsi rakyat. Jika bukan kita, siapa lagi yang boleh diandalkan? Tak kan kita nak serahkan tugas MENDIDIK masyarakat kepada ORANG AWAM? Mahu tak mahu, beban ini milik kita bersama.

Orang kata lagi kat saya, kenapa profesi perubatan ini sahaja suka sentuh hal profesi dalam laman sosial, profesi lain macam peguam, kejuruteraan, arkitek, profesor di universiti tak ada pun buat macam kami.

Apabila kami lihat fitnah berleluasa dan masyarakat dapat maklumat yang salah, apabila integriti profesi kami dicalarkan, apabila profesi kami diperolok-olokkan, takkanlah kami nak duduk diam?

Kami bukan bacul.

BACA: Penjelasan Dari Pelajar Perubatan Tentang Prosedur Pasang Jarum Waktu Bersalin Di Hospital

BACA Lagi: Hakikat Sebenar Isu Doktor Lelaki Membantu Persalinan Di Hospital Kerajaan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram