Sebagai orang tempatan, ramai mengetahui isu ulat gambar di Menara Berkembar Petronas atau KLCC yang berleluasa mencari pelanggan.

Baru-baru ini seorang pengembara solo dan pencipta kandungan yang berasal dari Kanada dan Filipina, Aj Elizarde berkongsi video di mana dia berjumpa dengan ulat gambar KLCC untuk bertanyakan tempat di sekitar Kuala Lumpur.

Baca Juga:

'Saya Filipina-Malaysia' – Ulat Gambar KLCC 'Scam' Pelancong, Mengaku Orang Tempatan
Sumber Gambar: Threads @Threads @ajelizarde

“Adakah awal Filipina?” tanya Aj.

Lelaki itu tidak menjawab. Kemudian dia berkata –

“Saya Filipina-Malaysia,” kata ulat gambar berkenaan.

“Awak nampak Filipina” jawab Aj dengan tegas.

Pada masa sama ulat gambar mendakwa dirinya sebagai seorang muslim.

'Saya Filipina-Malaysia' – Ulat Gambar KLCC 'Scam' Pelancong, Mengaku Orang Tempatan
Sumber Gambar: Threads @Threads @ajelizarde

Perkongsian video pendek itu membuatkan ramai netizen berasa berang apabila ulat gambar itu menipu kewarganegaraan sendiri.

Menurut netizen daripada rupa paras dan loghat percakapannya, ulat tiket itu sememangnya bukan warganegara tempatan.

Aj berasa keliru apabila melihat hantaran video pendek itu mendapat ratusan reaksi ramai. Dia meminta orang ramai menerangkan kepadanya apa yang berlaku.

“Kebanyakan mereka adalah warganegara asing dan mereka melakukan kerja secara haram dengan mengambil gambar pelancong menggunakan telefon mereka. Kemudian, mereka meminta pelancong membayar dengan harga yang tinggi.

“Dia adalah pendatang tanpa izin yang melakukan pekerjaan haram sebagai jurugambar tidak sah. Malaysia tidak pernah memberi permit kepada pekerja asing sebagai jurugambar.

“Tidak mungkin ada rakyat Malaysia berbangsa Filipina. Untuk pengetahuan anda, itu sebenarnya warga Indonesia tanpa izin yang sering masuk ke Malaysia tanpa pas yang sah.

“Mereka menjalankan perniagaan haram di negara ini dan mula mendakwa diri mereka sebagai rakyat Malaysia,” marah warganet.

KLCC lubuk warga asing

Dalam pada itu warganet memberitahu kepada AJ untuk keluar dari Kuala Lumpur jika mahu berjumpa dengan warga tempatan Malaysia yang sebenar.

“Anda tidak boleh pergi ke kawasan seperti KLCC, Bukit Bintang, Masjid Jamek, dan Petaling Street dengan beranggapan bahawa kebanyakan orang di sana adalah penduduk tempatan atau rakyat Malaysia.

“Sebenarnya, kebanyakan mereka adalah pendatang atau imigran. Mereka sanggup melakukan apa sahaja, kadangkala memberi imej negatif kepada Malaysia.

“Kebanyakan bandar besar di Malaysia telah dibanjiri oleh golongan ini. Jika anda ingin melihat rakyat Malaysia yang sebenar dan mudah menemui mereka, anda perlu pergi ke bahagian utara atau timur seperti Kedah, Perlis, Kelantan, atau Terengganu. Pahang juga boleh menjadi pilihan,” terang netizen.