Hari ini menjadi saksi di mana MRT Putrajaya Fasa 2 beroperasi secara rasmi pada jam 3 petang tadi. Pembukaan MRT Putrajaya Fasa 2 ini membuka laluan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral.
Pembukaan MRT Putrajaya Fasa 2 ini membuka laluan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral. Lebih menarik, orang ramai turut berpeluang mencuba MRT Putrajaya Fasa 2 di mana laluan ini ditawarkan secara percuma tanpa mengira had umur sehingga 31 Mac ini.
Baca Juga:
- MRT Putrajaya Fasa 2 Beroperasi Bermula Hari Ini, Tawarkan Tambang Percuma Sehingga 31 Mac
- Pengguna MRT Di Laluan Putrajaya Sedia Ditawarkan Dengan Pembayaran Secara Apple Pay
Dalam pada itu, apa yang menarik ramai, pembukaan MRT Putrajaya Fasa 2 ini berjaya menerima sambutan yang hangat di kalangan orang ramai. Malah, menerusi perkongsian Twitter @nadiazaman__, pembukaan pintu stesen MRT ini turut menyaksikan orang ramai berebut untuk menjadi antara yang terawal menaiki laluan terbaru MRT ini.
— Nadia π²πΎπ (@nadiazaman__) March 16, 2023
Sementara itu, di media sosial para netizen turut teruja serta berminat untuk menjadi antara yang terawal untuk mencuba stesen MRT yang menghubungkan Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral ini.
weh ramai rupanya pi rasmi! https://t.co/gKLm9xzOPo
— ππ¦πͺ β½ (@fluffehmochi) March 16, 2023
Jommm lahhh kitaa tryyy naikkk https://t.co/xlm4IcV68M
— nia πποΈ (@b4byni4) March 16, 2023
That feeling when you know you contributed something on building and providing for the community is just bliss! https://t.co/mV0j28hb2R
— Shakira A. (@shakiradarling_) March 16, 2023
Sekiranya anda berada di kawasan sekitar Putrajaya atau berada antara laluan yang menghubungkan 36 stesen ini, mungkin ini peluang anda untuk menaikinya sementara ditawarkan secara percuma sehingga akhir bulan ini.