Setiap kali Bapa Pemodenan Malaysia, Tun Mahathir Mohamad memandu kenderaan, pasti mencuri perhatian ramai.

Walaupun usianya bakal mencecah 100 tahun dalam masa terdekat ini,  beliau masih gagah memandu sendiri.

Baca Juga:

Baru-baru ini akaun rasmi media sosial Tun Mahathir dimuat naik video beliau memandu kereta elektrik pertama negara, Proton e.MAS 7.

@chedetofficial

Proton eMAS 7

♬ original sound – chedetofficial – chedetofficial

Proton e.MAS 7 kereta elektrik amat canggih
'Kereta Elektrik Yang Terbaik' – Tun Mahathir Pandu, 'Review' Proton e.MAS 7
Sumber Gambar: TikTok @chedetofficial

Selepas memandunya, Tun Mahathir memberi komen kereta elektrik Proton baharu itu amat canggih dari segi rekaan dan pengalaman pemanduannya sangat lancar.

“Saya berpendapat bahawa e.MAS adalah satu kereta elektrik Proton yang terbaik,” kata beliau.

'Kereta Elektrik Yang Terbaik' – Tun Mahathir Pandu, 'Review' Proton e.MAS 7
Sumber Gambar: TikTok @chedetofficial
'Kereta Elektrik Yang Terbaik' – Tun Mahathir Pandu, 'Review' Proton e.MAS 7
Sumber Gambar: TikTok @chedetofficial

Hantaran video itu meraih perhatian warganet. Ramai memuji Tun Mahathir masih cekap memandu walau usianya sudah hampir satu abad.

Dalam masa sama netizen turut mendoakan agar Tun Mahathir terus diberikan kesihatan baik.