Petang ini seluruh negara dikejutkan dengan kematian misteri Mira Sharmila atau lebih dikenali sebagai Bella.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, motif pembunahan tersebut berlaku disebabkan cemburu dan sakit hati. Hal ini telah disahkan menerusi siasatan menyeluruh dilakukan pihak polis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pengesahan ketiadaan Bella nyata memberi kekecewaan buat seluruh keluarganya termasuk dua anaknya yang berusia 5 tahun dan 2 tahun menurut kakak Bella, Norisham Samsusah.

kakak Bella, Norisham Samsusah. Sumber: Harian Metro

“Ini pengakhiran yang mengecewakan dan tragis bagi Bella yang sebelum ini memang mahu memutuskan hubungan dengan lelaki itu, saya belum reda dengan pemergian arwah,” kata kakak kepada mangsa bunuh.

“Eusuf (anak Bella) mengadu ibunya sering dipukul teman lelakinya ketika mereka keluar bersama-sama. Uncle (suspek) dulu selalu marah-marah mummy (panggilan anak Bella kepada ibunya).

“Dia (anak Bella) tanya kenapa mummy keluar kat TV? Mummy keluar dengan uncle, uncle dah kena tangkap. Dia (anak Bella) panggil saya umi. Umi, kenapa mummy tak balik?

“Umi dah cakap (beritahu) dengan polis ke belum uncle pukul mummy? Dulu uncle selalu pukul-pukul mummy, anak dia cakap dengan saya. (Suspek) kenal dia orang kerana selalu keluar bersama (dia) marah dan minta tolong jangan pukul mummy, dia cerita kepada kami,” katanya ketika ditemui di Jabatan perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini.

Norisham yang tinggal di Johor Bahru berkata, selepas ini dia akan menjaga anak sulung Bella itu termasuk adik perempuannya yang kini bersama pengasuh.

Menurutnya, sebelum kejadian arwah ada menyatakan hasrat untuk tinggal bersama-samanya di sini bermula musim cuti sekolah akan datang.

Ditanya sama ada keluarga dapat menerima jenazah Bella yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna, Norisham berkata, keluarganya masih belum reda lagi kerana kejadian itu berlaku dengan cepat.

Jenazah Bella dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang selepas disembahyangkan di Masjid Datuk Bentara di Batu Pahat hari ini.

Hari ini, teman lelaki kepada ibu tunggal dua anak itu, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan menyebabkan kematian Bella pada penghujung Disember lalu.

Tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa punca kematian Bella adalah disebabkan keretakan di bahagian tempurung kepala kesan hentakan objek tumpul.

Sumber