Hampir setiap saat berlalu pastinya terdapat kanak-kanak yang mula mengakses internet buat kali yang pertama. Disebalik keseronokan dalam menelusuri kehebatan internet, ternyata platform ini tidak terlepas daripada membuatkan kanak-kanak menjadi mangsa buli siber.

Berdasarkan statistik yang dibuat UNICEF, dengan bilangan 3 bilion pengguna yang menggunakan internet, 20% daripada kanak-kanak merupakan mangsa buli. Lebih parah, 1 daripada 10 kanak-kanak ini telah memilih untuk menghentikan keperitan mereka dengan membunuh diri.

UNICEF Perlukan Anda Untuk Hentikan Masalah Buli Siber

Sebagai dewasa yang bertanggungjawab UNICEF ingin mengajak anda semua dalam usaha untuk menghentikan masalah buli siber di kalangan kanak-kanak ini dengan turut serta dalam kempen ‘Safer Internet Day’ .

Caranya mudah sahaja untuk anda turut serta dalam kempen daripada UNICEF ini. Apa yang perlu anda lakukan adalah  sampaikan mesej kesedaran mengenai buli siber di laman Instagram dengan menyertakan hashtag #endviolence, #saferinternetday serta tag laman Instagram rasmi @Unicef.

saferinternetday

Mesej kesedaran daripada anda mungkin tidak dapat dicapai ramai, namun sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko kanak-kanak lain daripada menjadi mangsa buli siber yang seterusnya.

Sumber