Semua sedia maklum batik adalah salah satu corak rekaan yang banyak digunakan terutamanya di Asia Tenggara. Kalau anda yang kerja di sektor awam, pasti biasa menyarung kemeja batik pada setiap hari Khamis.

Jika anda sedang mencari kemeja batik, Uniqlo baharu sahaja melancarkan rekaan batik yang awesome untuk koleksi terbaru mereka. Beberapa corak boleh dipilih untuk lelaki dan wanita dan rekaan untuk wanita nampaknya lebih pelbagai dan cute.

Baju ini juga diperbuat daripada kain cotton yang berkualiti supaya anda sentiasa selesa ketika menyarung koleksi ini. Setiap rekaan dijual pada harga RM79.90 sepasang dan anda boleh membuat pembelian di sini. Menarik juga motif batik yang ada dalam koleksi ini.

UNiq 1

uniq 2

uniq 3