Jenama fesyen ternama dari Jepun, Uniqlo Malaysia menjawab dakwaan yang mengatakan mereka menganiaya pekerja seperti yang didakwa oleh bekas pekerja di laman media sosial baru-baru ini.
Uniqlo Malaysia Jawab Dakwaan
Pengurus Perhubungan Awam dan Kelestarian, Zoe Liew telah menjawab dakwaan terbaru terhadap syarikat itu dimana mereka memandang serius perkara tersebut dan akan mengambil tindakan.
Baca Juga:
- Bekas Pekerja ‘Reunion’, Kongsi Pengalaman Buruk Bekerja Di Jenama Fesyen Jepun Terkenal
- Kadar Kelahiran Rendah, Jepun Mungkin Negara Pertama Pupus
- Berjaya Tewaskan Robot Sumo Jepun, Kolej Tunku Kurshiah Raih Perhatian Netizen
“Uniqlo menyedari sentimen yang menjadi perbincangan di media sosial baru-baru ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya selepas meneliti fakta perkara itu,” dipetik dari laporan Sinar Daily.
Mereka juga berkata jenama itu komited untuk memastikan tempat kerja yang adil dan dihormati untuk semua pekerja, dan mengambil semua maklum balas yang diterima daripada bekas dan pekerja semasa dengan serius.
Dakwaan Dari Media Sosial
Pada 18 Januari lalu, akaun Instagram rasmi Uniqlo Malaysia berkongsi siaran yang menonjolkan jualan perayaan Tahun Baru Cina. Akan tetapi, ruangan komen dibanjiri individu yang mengaku sebagai bekas pekerja, yang mula menceritakan pengalaman buruk mereka bersama syarikat itu.
Seorang bekas pekerja memberi amaran, “Kepada mereka yang berfikir untuk menyertai syarikat, ini sila fikir semula keputusan anda jika anda tidak mahu hidup anda menjadi begitu sengsara.”
Seorang lagi pengguna, yang mendakwa sebagai suami kepada pekerja Uniqlo semasa, berkata isterinya menghadapi beban kerja yang berlebihan dan pencerobohan dalam kehidupan peribadinya.
“Seorang isteri mengalami kerosakan kereta dan menelefon suaminya. Tetapi suami tidak dapat hadir untuk membantu kerana tidak dibenarkan mengambil cuti kecemasan. Tiada fleksibiliti untuk perkara ini. Mereka cuma mengharapkan staff mereka bersikap dingin dan tidak membantu isteri sendiri,” tulisnya.
Seorang lagi netizen yang juga bekas pekerja berkongsi beliau dibuang kerja dengan tidak wajar oleh jenama tersebut.
“Saya kena buang sebab cuti sakit selama satu hari pada 10 tahun lepas. Terima kasih kepada mereka kerana kini saya dapat pekerjaan yang lebih baik,” tulisnya.