Bekas pekerja salah sebuah jenama fesyen terkenal dari Jepun membuat pendedahan di laman media sosial dimana mereka berkongsi pengalaman buruk ketika bekerja bersama jenama itu.

Perkongsian ini nyata mengejutkan dimana jenama tersebut sering mendapat pujian dari rakyat Malaysia kerana menawarkan gaji yang dianggap lumayan serta beberapa faedah kepada pekerja.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut tinjauan di laman Instagram, akaun jenama tersebut dibanjiri dengan komen dari bekas pekerja yang berkongsi pengalaman kurang menyenangkan bersama jenama itu.

Salah seorang netizen menulis jenama itu melayan pekerja mereka seperti robot dan seolah-olah tiada bekas kasihan.

“Seorang isteri mengalami kerosakan kereta dan menelefon suaminya. Tetapi suami tidak dapat hadir untuk membantu kerana tidak dibenarkan mengambil cuti kecemasan. Tiada fleksibiliti untuk perkara ini. Mereka cuma mengharapkan staff mereka bersikap dingin dan tidak membantu isteri sendiri,” tulisnya.

Seorang lagi netizen yang merupakan bekas pekerja berkongsi beliau dibuang kerja dengan tidak wajar oleh jenama tersebut.

“Saya kena buang sebab cuti sakit selama satu hari pada 10 tahun lepas. Terima kasih kepada mereka kerana kini saya dapat pekerjaan yang lebih baik,” tulisnya.

Ketika ramai bekas pekerja yang berkongsi pengalaman buruk, ada juga bekas pekerja yang berkongsi pengalaman baik sepanjang bekerja di jenama Jepun itu.

“Ada baik dan buruknya. Saya tidak mempunyai masalah sepanjang bekerja di jenama itu. Mereka ajar saya banyak perkara sehingga saya boleh membuka jenama pakaian saya sendiri.

“Saya belajar banyak mengenai sususan baju dan juga menguruskan kewangan sehingga mendapat pujian dari pelanggan,” tulis seorang bekas pekerja.

“Saya tak nafikan, selepas bekerja bersama jenama itu, apabila berpindah ke jenama lain, semua kerja terasa senang dan tidak membebankan,” tulis seorang lagi bekas pekerja.