Selepas 18 tahun, Nissan telah menamatkan pengeluaran GT-R R35 dengan pemasangan terakhir untuk pasaran Jepun.
Pekerja di kilang Nissan Tochigi, kira-kira 100 km utara Tokyo, berkumpul bagi meraikan unit terakhir GT-R R35 siap dipasang.
Baca Juga:
- Hilang ‘Keaslian’ Bila Jadi EV, Nissan Sahkan GT-R R36 Guna Enjin Hibrid

- Luar Standard Myvi, Dalam Guna Kerusi GT-R

- Model ‘Facelift’ Nissan GT-R 2024 Diperkenalkan, Rekaan Dan Aerodinamik Ditambah Baik

Secara keseluruhan, kira-kira 48,000 unit telah dihasilkan dan dijual sepanjang kitaran model itu.
Unit terakhir adalah varian Premium edition T-Spec dengan warna Midnight Purple. Ia bakal diserahkan kepada pemiliknya di Jepun.
GT-R R35 penanda aras baharu sejarah automotif
“Selepas 18 tahun yang luar biasa, GT-R R35 telah meninggalkan jejak kekal dalam sejarah automotif. Legasinya membuktikan semangat pasukan kami serta kesetiaan pelanggan di seluruh dunia. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan hebat ini.
“Kepada semua peminat GT-R di seluruh dunia, ini bukanlah selamat tinggal selama-lamanya. Matlamat kami ialah memastikan nama GT-R akan kembali suatu hari nanti,” kata Presiden dan CEO Nissan, Ivan Espinosa.
Menurut beliau lagi, segala pengalaman daripada R35 akan menjadi asas penting kepada GT-R generasi baharu, memastikan legasinya terus berkembang sambil meningkatkan penanda aras prestasi kereta berkenaan.
“Kami faham jangkaan amat tinggi. Lencana GT-R bukan sesuatu yang boleh diberi pada sebarang kenderaan; ia hanya untuk sesuatu yang benar-benar istimewa — dan R35 sudah menetapkan standard yang tinggi.
“Jadi, apa yang saya minta hanyalah kesabaran anda. Walaupun kami belum memuktamadkan pelan tepat hari ini, GT-R akan terus berkembang dan kembali menyirna pada masa hadapan,” kata Ivan Espinosa.