Syarikat gergasi dalam industri muzik, Universal telah menarik semua lagu mereka daripada platform TikTok.

Universal merupakan syarikat yang memiliki nama nama besar seperti Taylor Swift dan Drake, telah meminta TikTok untuk mempersetujui cadangan kontrak baharu yang mereka usulkan.

Baca Juga:

Namun TikTok masih tidak mempersetujui cadangan tersebut. Dan selama TikTok tidak bersetuju dengan kontrak tersebut, maka selama itu Universal tidak akan membenarkan lagu mereka berkumandang di platform tersebut.

Bermula dari semalam lagi, Universal mengeluarkan lagu daripada beberapa artisnya yang digunakan oleh pengguna TikTok. Ini termasuk lagu daripada Taylor Swift, The Weeknd, Drake, U2, Ariana Grande dan Olivia Rodrigo.

Semua video yang ada lagu artis artis Universal akan disenyapkan audionya. Ini selepas perjanjian yang dianggap luar biasa dicadangkan Universal telah ditolak oleh TikTok.

Perjanjian lama antara TikTok dan Universal berakhir pada Selasa. Dengan 3 syarikat besar dalam industri muzik mendakwa TikTok tidak membayar mereka amaun sepatutnya.

Kemudian TikTok juga dianggap platform yang penuh dengan lagu lagu A.I dan disunting tanpa kebenaran, membuatkan lagu lagu ‘manusia sebenar’ gagal mendapat royalti lebih baik.

TikTok turut mengesahkan pada Khamis bahawa mereka telah mengeluarkan kesemua lagu di bawah label Universal.

TikTok antara platform yang dianggap telah membantu industri muzik rancak kembali. Misalnya ada beberapa lagi lama yang kembali viral di platform itu. Dan artis artis lama tersebut mendapat semula royalti.

Namun berlaku konflik dari segi bayaran. Di mana ada ramai artis mendakwa mereka tidak mendapat bayaran yang sepatutnya mereka dapat.

Sebagai respon kepada perkara tersebut, TikTok mengeluarkan kenyataan bahawa Universal telah bersikap terlalu tamak dan mengabaikan kepentingan platform TikTok kepada artis dan penulis lagu.

“Universal telah memilih untuk meninggalkan platform yang sangat berkuasa dan memiliki berbillion pengguna yang boleh mempromosikan lagu mereka secara percuma dan menjadi kenderaan untuk syarikat mencari bakat baharu,” tegas TikTok.