Palabana sudah menjadi satu frasa gurauan yang digunakan secara meluas oleh netizen tempatan di media sosial.

Walaupun ia mungkin dianggap sebagai jenaka di Malaysia, rupanya di dunia sebenar wujud sebuah universiti awam di Zambia yang mengkhusus dalam bidang pertanian dan perikanan yang dikenali sebagai Palabana University.

Universiti 'Palabana' Menjadi Tumpuan Netizen Tempatan Di Media Sosial
Sumber Gambar: FB

Untuk makluman, Universiti ini bermula sebagai Clifton Youth Training Centre pada tahun 1965, yang menyediakan latihan dalam pertukangan dan pengeluaran sayur-sayuran.

Ia kemudiannya berubah menjadi Palabana Dairy Training Institute (PDTI) pada tahun 1970-an, fokus kepada latihan penternakan tenusu.

Sebagai institusi yang berorientasikan pertanian, universiti ini menawarkan pelbagai program ijazah sarjana muda yang relevan dengan keperluan sektor tersebut di Zambia.

Sejak semalam lagi, perkongsian berkenaan Palabana University menjadi sensasi di kalangan netizen Malaysia  kerana kebetulan sama dengan frasa jenaka tempatan.

Secara tidak langsung, netizen tempatan telah menghujani ruangan komentar di ruangan komen dengan sejumlah ayat jenaka dengan menggunakan frasa palabana.

Ada yang juga berseloroh mengatakan berminat mendapatkan sijil dan menjadi profesor di universiti Palabana itu

Namun begitu, sebahagian netizen tempatan yang lebih beretika, melihat ini sebagai sesuatu yang tidak bagus untuk imej negara kerana seolah-olah mempermainkan nama tempat pengajian dengan jenaka murahan.