Sejak beberapa hari yang lalu, nama pelakon Nad Zainal menjadi bualan ramai di media sosial apabila ramai yang mengritiknya berhubung dakwaan bermasam muka dengan rakan artis.

Susulan isu terbabit, suami kepada pelakon Nad Zainal iaitu Ungku Ismail dilihat sempat memuat naik satu hantaran di Instagram seakan memberi bayangan terhadap isu yang berlaku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi hantaran itu, Ungku Ismail telah berkongsi kata-kata buat mereka yang menjadi mangsa gosip dan difitnah.

Hantaran tersebut seperti memberi nasihat kepada mereka yang difitnah supaya tidak menghiraukan apa yang berlaku sebaliknya bersyukur kerana mendapat pahala ‘percuma’ daripada si penggosip.

Sementara itu, hasil tinjauan ke Instagram Nad Zainal mendapati pelakon tersebut sudah menukarkan akaunnya kepada mode privasi selepas kontroversi ini melanda dirinya.