Jika dahulunya ada isu rider sengaja sidai pelanggan kerana upah yang rendah, kini timbul pula isu baharu apabila mereka sudah tidak mahu menghantar pesanan makanan terus ke pintu ke rumah bertingkat.
Menerusi ciapan sebuah akaun @keemhazmi, dia mengadu tentang permasalahan yang dialami menerusi servis penghantaran Grab di mana rider tidak mahu menghantar pesanan makanan ke pintu rumahnya.
Baca Juga:
- ‘Order Lain, Dapat B*bi’ – Rider Salah Hantar, Anak-Anak Termakan Makanan Tidak Halal
- Didakwa Tak Puas Hati ‘Fare’ Rendah, Rider Grab Sengaja Sidai Pelanggan
Hello @GrabMY sekarang rider boleh pilih untuk taknak hantar makanan ke rumah sebab “fare semakin rendah”?
So we need to come down to pick up? As far as i remember grab charge us makin lama makin naik harga. Kenapa makin lama makin teruk servis ni? pic.twitter.com/zQsmqXgkB3
— KEEM (@keemmazni) June 6, 2024
Melalui tangkap layar yang dikongsikan, rider yang mengendalikan pesanannya mendakwa ketiadaan lagi servis penghantaran “door to door” untuk rumah bertingkat.
Terkejut dengan makluman itu, pengguna bernama Keem itu lalu mendapatkan pengesahan berkaitan polisi baharu seperti yang didakwa oleh rider daripada Grab sendiri.
Ternyata, dakwaan rider itu tidak sahih dan mengelirukan pelanggan menerusi aplikasi tersebut.
Pihak Grab langsung memberi maklum balas dengan dengan mendedahkan setiap caj penghantaran akan diterima sepenuhnya oleh rider dan penghantaran di Grab memang merangkumi servis door to door di mana rider perlu menghantar sehingga ke muka pintu melainkan pihak pengurusan bangunan tidak membenarkannya.
Susulan pendedahan itu, lelaki itu meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah rider yang sanggup menipu pelanggan dengan membawa nama syarikat tanpa segan silu serta memberikan gambaran negatif dengan berbuat sedemikian.
Ciapan Keem yang tular itu telah meraih perhatian netizen yang mana rata-ratanya meluahkan rasa geram dengan sikap sesetengah rider yang malas dan suka memberi alasan untuk tidak mahu menghantar makanan ke pintu rumah atau pejabat yang bertingkat.
Dalam masa sama, ramai pengguna Grab turut berkongsi mengalami pengalaman sedemikian dan lebih teruk lagi ada rider yang enggan menghantar makanan walaupun di tingkat satu.
Di samping itu, para pengguna meminta rider untuk bersikap profesional dalam melakukan tugasan kerana penghantaran ke muka pintu termaktub di bawah skop kerja mereka.