Hidup ini tidak selalunya indah. Cepat atau lambat, pasti kita akan ditimpa ujian.

Jika tidak dapat atasi dengan rasional, boleh menyebabkan kita jatuh terduduk.

Baca Juga:

Bagaimanapun TikTok @saudagarnanas tampil kongsikan pengalaman peribadinya yang bangun semula selepas ditimpa ujian.

Menurutnya, beliau pernah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 11 tahun. Kemudian beliau membuat keputusan untuk berhenti kerana mahu menceburi dalam bidang perniagaan dengan serius.

Usahawan Nanas Kongsi Bagaimana Anak Muda Boleh Bangkit Semula Daripada Jatuh Terduduk
Sumber Gambar: TikTok @saudagarnanas

Perniagaan pada ketika itu cuma bertahan hampir tiga tahun.

“Selepas itu gagal dan bermulanya rasa dunia ini gelap. Lama juga depression, dalam setahun lebih juga.

“Saya tak keluar rumah, tak jumpa kawan-kawan sebab malu sudah tidak ada apa-apa lagi.

“Paling rasa sedih masa ini sebab malukan mak ayah dan keluarga,” ujar TikTok @saudagarnanas.

Pada ketika itu beliau pulang duduk di kampung bapa mertua kerana ketiadaan wang, kereta ditarik dan terpaksa keluar dari rumah.

Semasa berada di sana, beliau banyak meluangkan masa mendalami ilmu agama. Beliau ke masjid menunaikan solat berjemaah, dengar kuliah dan belajar Al-Quran.

“Rupanya Allah S.W.T beri ruang untuk perbaiki hubungan denganNYA,” kongsinya.

Langkah pertama jadi usahawan nanas

Pada penghujung tahun 2017 @saudagarnanas kembali bersemangat dan bangun semula menjual nanas.

Setahun kemudian, beliau mulakan perniagaan penanaman nanas dengan modal tanaman pinjaman dengan sahabat baiknya.

Beliau juga mendapat bantuan daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan Jabatan Pertanian.

Usahawan Nanas Kongsi Bagaimana Anak Muda Boleh Bangkit Semula Daripada Jatuh Terduduk
Sumber Gambar: TikTok @saudagarnanas

“Kini banyak capai dalam bidan pertanian. Alhamdulilah. Didik diri jangan banyak bagi alasan. Sekarang masa untuk mula dan buat.

“Harap adik-adik jangan putus asa untuk cari jalan keluar. Minta petunjuk dan pertolongan daripada Allah S.W.T,” jelasnya.

Dalam masa sama jaga keberkatan dalam kehidupan. Tidak lupa juga cari mentor yang boleh beri bimbingan.