Pada hari semalam penyanyi terkemuka, Datuk Nora Ariffin menggemparkan dunia maya apabila memuat naik video bekas suaminya menjatuhkan talak.
Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai terkejut selepas menontonnya.
Baca Juga:
- Harith Dan Bekas Isteri Masih Bercuti Bersama Walaupun Selepas Cerai
- Puteri Kerajaan Dubai Tenang Umum Ceraikan Suami Melalui Instagram
- Ibu Virgoun Pujuk Bekas Menantu Kembali Semula Walaupun Sudah Diceraikan Talak Tiga
Nora tampil membuka mulut menerusi Instagram Story pada malam tadi. Menurutnya bekas suaminya itu tidak bersalah menamatkan hubungan perkahwinan mereka.

“Ustaz tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya — iaitu melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti.
‘Saya tergamam tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” luah Nora menerusi satu hantaran Instagram Story.
Memetik Harian Metro, apabila ditanya siapakah individu yang memaksa bekas suaminya itu, Nora terus mengunci mulut.
“Itu saja. Cukuplah,” tulis Nora ringkas.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi pada 2021. Bekas suaminya itu merupakan kawan baik kepada Allahyarham Johan Nawawi, suami pertamanya dari kecil lagi.