Seorang ustaz di laman media sosial TikTok menyediakan perkhidmatan kirim doa yang dibacakan di hadapan Kaabah sewaktu menunaikan haji atau umrah di Mekah.
Menurut semakan mendapati terdapat satu akaun yang menggunakan nama ‘Ustaz Mekah’ adalah individu yang menyediakan perkhidmatan untuk membaca doa di hadapan Kaabah.
Baca Juga:
- Netizen ‘Iri Hati’ Dengan Ryzal Ibrahim Sebab Boleh Pergi Mekah Balik Hari
- Cik B Terkejut Dato Seri Vida Belanja Duduk Bilik Hotel RM420,000 Di Mekah
- Teksi Terbang Pertama Di Dunia Bakal Beroperasi Di Mekah
Ustaz Mekah turut berkongsi cara untuk mengirimkan doa kepadanya serta meletakkan QR Code atas nama Aswaja Darul Hijrah buat mereka yang ingin berinfak atau memberikan sumbangan.
Hari tu Ustaz Tido.
Hari ini Ustaz Mekah.Apa dia buat?
Live depan kaabah, mengaji quran, buka slot utk orang kirim doa. Siapa nk kirim doa tanpa bayaran, boleh whatsapp.
Tapi at the same time, dia bagi QR code in case siapa² nk menderma.
Method baru geng ASWAJA? 😂 pic.twitter.com/BI2Z4wHVrS
— Zac (@ZacZakirin13) October 21, 2024
Menurut salah seorang pengguna laman X, sesiapa yang hendak mengirimkan doa tetap perlu mengeluarkan wang serendah 1 sen meskipun Ustaz Mekah mengatakan tiada bayaran yang dikenakan.
try bukak link kalau tak da duit takleh proceed kena infaq jugak even 1 sen 🥲 pic.twitter.com/Rf5xuws8W0
— فيونا🏴 (@fionath_) October 21, 2024
Perkara ini mendapat perhatian di laman media sosial yang lain dimana ramai yang mempersoalkan kegiatan yang diamalkan oleh ustaz tersebut.
Meminta doa dari orang yang menunaikan ibadah haji atau umrah di Tanah Suci diperbolehkan tetapi ianya biarlah ikhlas dari hati tanpa meminta sebarang bayaran.