Jenama kasut skateboarding kegemaran ramai, Vans telah membuka Outlet Store terbesar mereka di Asia Tenggara di Mitsui Outlet Park KLIA, Sepang.
Vans Outlet Store sudah agak lama bertapak di Mitsui Outlet Park sebelum ini. Cuma ia kini berpindah ke lokasi yang lebih besar untuk memberi lebih banyak pilihan serta keselesaan kepada pembeli.
Baca Juga:
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
Seperti juga jenama lain yang membuka butik di sana, Vans menawarkan pelbagai barangan seperti kasut, topi, jaket dan beg off season pada harga yang sangat menarik; potongan harga sehingga 70%.
Antara model yang sedang dijual di sana ketika ini adalah Vans x Crayola, Vans x Horror, model kasut dairpada siri Anaheim dan banyak lagi.
Ketika ini, Vans Outlet Store turut menawarkan potongan harga tambahan 10% untuk pembelian 2 barangan, tambahan 20% untuk pembelian 3 barangan ke atas dan tambahan 25% untuk pembelian 4 barangan ke atas. Makin banyak anda beli, makin murah jadinya.
Sekiranya anda tiada rancangan hujung minggu ini, jangan lepaskan peluang untuk melawat Outlet Store terbesar Vans di Asia Tenggara ini. Mana tahu kasut yang anda cari ada di sini pada harga yang jauh lebih mampu milik.