Sebuah saluran YouTube Lost Adventure telah merungkai satu misteri kereta buatan Malaysia yang terbiar lama di salah sebuah banggunan di Surrey, United Kingdom.

Lost Adventure adalah sebuah saluran YouTube yang sering menjelajah ke banggunan terbengkalai bagi merungkai misteri yang terdapat di sana dan kali ini mereka bernasib baik apabila berjaya menemui sebuah banggunan yang menyimpan banyak koleksi kereta yang bernilai jutaan ringgit.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Apa yang mengejutkan adalah kehadiran sebuah kereta Proton Perdana buatan Malaysia dengan nombor pendaftaran VK 5231 bersama kereta mewah yang lain . Kelihatan kereta tersebut terbiar lama di sana dan hanya diselaputi habuk.

Bangunan kosong itu dimiliki oleh Bristol Cars, pengeluar kereta Britain yang diisytiharkan muflis pada bulan Mei lalu akibat perintah ‘lockdown’. Difahamkan, kenderaan tersebut ditinggalkan di sana kerana ‘tidak berharga’ dan mereka menyifatkannya sebagai ‘sampah’.

Kereta milik Tun M

Berdasarkan perkongsian laman Kelab Che Det, Proton Perdana dengan nombor plat VK 5231 itu didaftarkan atas nama Tun Mahathir Mohamad. Bagaimana kereta berkenaan boleh ada di UK?

Pada akhir tahun 2016, Tun Mahathir pergi ke UK dan ada berbincang dengan Kamal Siddiqi (pemilik bangunan di mana Proton ini ditemui) untuk menukar kereta biasa ini kepada kereta hibrid melalui syarikat Research & Development (R&D) milik Kamal iaitu Frazer Nash Research Limited yang berpengkalan di UK.

Oleh sebab Tun Mahathir insan yang sukakan teknologi baharu dan tidak mahu negara ketinggalan, atas inisiatif beliau sendiri, Tun Mahathir hantar kereta Proton Perdana miliknya sendiri ke sana untuk tujuan R&D. Penghantaran kereta tersebut ke UK turut mempunyai rekod yang sah.

Jika R&D ini berjaya, Proton akan berupaya untuk menghasilkan kereta hybridnya sendiri semasa itu dan bersaing dengan jenama terkemuka dunia yang sudah pun ada model hybridnya sendiri. Sejauh mana kebenarannya, hanya Tun Mahathir sahaja yang tahu.

Disini, kami beri anda 12 kemungkinan jika Proton dan Perodua tidak dibangunkan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

12 Kemungkinan Jika Proton Dan Perodua Tidak Dibangunkan

Proton X50 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM75,800?