Mesti anda familiar dengan jenama-jenama seperti Flavettes, Uphamol dan Champs kan? Yelah, produk ni boleh kata dah sebati dengan rakyat Malaysia.
Anda tahu tak sebenarnya jenama-jenama ni merupakan jenama tempatan di bawah Duopharma.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1978, Duopharma telah bertapak kukuh sebagai anak syarikat PNB dan pengeluar farmaseutikal terkemuka di Malaysia.
Dengan fokus pada pengeluaran ubat-ubatan dan makanan tambahan (supplement), Duopharma memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan rakyat Malaysia.
Sempena Hari Malaysia ini, Vocket melalui segmen Jenama Kita ingin berkongsi dan meraikan kejayaan jenama tempatan ini yang telah membawa nama negara ke persada antarabangsa!
Jenama terkenal di bawah Duopharma
Ketiga-tiga jenama iaitu Flavettes, Uphamol, dan Champs ini telah lama terkenal di seluruh Malaysia dan setaraf dengan produk farmasi yang diimport dari luar negara.
Setiap satunya memberikan manfaat yang berbeza seperti di bawah:
Uphamol 650 khususnya digunakan untuk melegakan sakit kepala dan dijamin halal oleh JAKIM.
Uphamol 500 pula digunakan untuk merawat demam, manakala Uphamol juga hadir dengan variasi untuk kanak-kanak dalam bentuk sirap, yang memudahkan ibu bapa memberi ubat kepada anak-anak.
Terbaru, Uphamol telah melancarkan produk baru, iaitu Uphacol dan Uphaplast, yang menambah lagi pilihan untuk penjagaan kesihatan.
Produk Uphamol sentiasa dipercayai oleh pakar penjagaan kesihatan dan ia merupakan pembekal paracetamol utama kepada hospital kerajaan dan hospital swasta di seluruh Malaysia.
Oh ya, Duopharma juga menawarkan promosi istimewa di mana anda boleh dapatkan shower gel percuma di Caring & Big Pharmacies apabila anda membeli produk bernilai RM38 daripada jenama terpilih seperti Uphamol, Flavettes, dan Champs!
Jangan lepaskan peluang ini ok!
Sementara itu, Champs telah lama dikenali sebagai jenama vitamin C pilihan untuk kanak-kanak di Malaysia.
Dengan lebih 40 tahun di pasaran, Champs terus menawarkan produk vitamin C berkualiti yang mampu meningkatkan imuniti anak-anak.
Produk Champs juga setaraf dengan jenama luar negara, tetapi kekal sebagai pilihan ramai di Malaysia.
Apa yang lebih menarik, Champs memahami masalah malpemakanan di kalangan kanak-kanak di Malaysia, di mana ramai yang tidak bersarapan sebelum ke sekolah.
Sebagai penyelesaian, Champs menawarkan rangkaian suplemen yang mudah diambil – sama ada yang boleh dikunyah atau larut dalam air untuk membantu memberikan nutrisi seimbang kepada kanak-kanak.
Lebih menarik, anda juga boleh dapatkan T-Shirt eksklusif Champs dan Didi & Friends PERCUMA* dengan setiap pembelian pek promosi Champs di cawangan-cawangan Big Pharmacy dan Caring Pharmacy berdekatan.
*Sementara stok masih ada.
Duopharma rancang luaskan pasaran di rantau Asia Tenggara
Sebagai jenama farmaseutikal nombor satu di Malaysia, Duopharma sentiasa mencari peluang untuk berkembang bukan sahaja di dalam negara tetapi juga ke pasaran antarabangsa, terutama di Asia Tenggara.
Dengan komitmen untuk membawa produk berkualiti tinggi kepada lebih ramai orang, Duopharma berazam untuk terus memperluaskan jenama tempatan ini.
Jadi, sebagai rakyat Malaysia, mari kita bersama-sama menyokong produk tempatan seperti Uphamol dan Champs yang telah memberikan sumbangan besar dalam penjagaan kesihatan kita selama ini!
#sapotlokal #jenamakita