Alasdair ‘Ali’ Adams yang merupakan penjaga gol kedua buat kelab Scottish Championship 2023/24, Arbroath FC telah mencuri tumpuan pada aksi menentang pendahulu liga, Raith Rovers, semalam.
Penjaga gol berusia 32 tahun itu bukan sahaja dimasukkan sebagai penyerang selepas pasukannya hanya mempunyai empat orang pemain simpanan.
Baca Juga:
- 7 Lokasi Menarik Di Scotland Yang Aku Mahu Kalian Lawati Jika Travel Ke Sini
- Ramai Tak Fasih Berbahasa Inggeris Di Scotland Dan Ini Yang Aku Lihat Sering Terjadi
- 5 Perkara Buat Aku Lihat Dunia Pekerjaan Dari Sudut Berbeza Lepas Pindah Ke Scotland
Malah, beliau turut meledakkan satu jaringan padu yang jelas meningkatkan moral rakan sepasukannya untuk bangkit.
Segalanya serba tidak menjadi buat kelab yang berada di tangga kedua terbawah itu kerana pengurus pasukan, Jim McIntyre terpaksa membuat pertukaran seawal minit kesembilan setelah menggantikan pemain pertahanan, Thomas O’Brien dengan Darren Lyon.
Memasuki sepak mula babak kedua, Arbroath membuat dua lagi pertukaran yang menyaksikan hanya Ali Adams sebagai pemain yang masih boleh digunakan.
Keadaan menjadi lebih parah buat McIntyre apabila seorang lagi pemain pertahanan, Aaron Steele turut mengalami kecederaan.
Keeper Ali Adams has come on as a STRIKER for @ArbroathFC pic.twitter.com/7mfav9vfqi
— 𝐄𝐰𝐚𝐧 𝐒𝐦𝐢𝐭𝐡 🗒️ (@ewansmithpr) December 30, 2023
Keadaan itu memaksa beliau mengeluarkan Steele pada minit ke-58 dan digantikan dengan Ali Adams yang diletakkan sebagai penyerang.
Hanya selepas tiga minit pertukaran tersebut dilakukan, Raith Rovers berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Jack Hamilton.
Tersentak dengan gol tersebut, Ali Adams jelas tidak mahu sekadar menjadi ‘penumpang’ di atas padang.
Hal ini kerana beliau memperagakan aksi luar biasa dengan melakukan ‘turning’ cantik lalu meledakkan percubaan voli kira-kira dari jarak 30 ela yang gagal diselamatkan penjaga gol lawan, Kevin Dabrowski pada minit ke-76.
Arbroath had to bring on their substitute goalkeeper as a striker
He just scored from 25 yards out
PEAK SCOTTISH FOOTBALL pic.twitter.com/rU72uJifCL
— Fitba Patter (@FitbaPatter) December 30, 2023
Jaringan itu nyata meningkatkan moral rakan sepasukannya yang kemudiannya menambah gol kedua menerusi sepakan penalti Leighton McIntosh berselang lima minit kemudian.
Gol kedua itu sekali gus menghalang Arbroath daripada terus mengalami kekalahan dimana kelab tersebut kini mencatatkan lima kemenangan, dua keputusan seri dan 10 kekalahan.