Big Pharmacy telah mengeluarkan kenyataan maaf selepas dikecam teruk dengan iklan oleh seorang pemengaruh yang didakwa seolah-oleh memperolok orang India.

“Kami memahami sifat terkesan dan menyinggung perasaan di dalam kandungan ini, dan mengambil sikap tanggungjawab sepenuhnya atas kekurangan kami,” kata seorang wakil kepada FMT.

Baca Juga:

“Kandungan yang dipersoalkan bertentangan dengan nilai kepelbagaian dan keterangkuman kami dan kami telah mengambil langkah segera untuk menangani isu ini secara dalaman bagi memastikan situasi sedemikian tidak berulang lagi.”

Dalam video yang kini sudah dialih keluar, seorang pemengaruh media sosial kelihatan memakai pakaian “India”. Dia kemudiannya bekerja sebagai sebagai salah seorang kakitangan farmasi telah mengimbas barangan di kaunter dengan menggunakan ‘bindi’ di dahi yang dilukis olehnya sendiri.

Video tersebut yang telah tular di media sosial telah mendapat kritikan yang meluas kerana ia bersifat perkauman dan menyinggung agama Hindu.