Apabila berada di jalan raya, anda boleh melihat pelbagai ragam penunggang motosikal atau pun pemandu kereta yang terkadang di luar jangkaan kita.

Baru-baru ini, seorang pengguna X telah berkongsi satu video yang memperlihatkan seorang rider penghantar makanan tersangkut di sebuah jalan yang baru disimen.

Menerusi video tersebut, penunggang lelaki itu kelihatan gelisah dan sedang mencuba untuk beredar daripada jalan yang baru disimen tersebut tetapi gagal. Di saat awal video juga, dapat dilihat pekerja kontraktor sedang menatap ke arah rider tersebut.

Lokasi itu pun jika dilihat sedang diletakkan kon dan penghadang untuk menghalang orang ramai melaluinya kerana masih baru disimen.

Susulan video berdurasi 11 saat itu tular, ia menerima pelbagai reaksi daripada netizen di platform media sosial.

Walaupun sebahagian meluahkan rasa kesian terhadap nasib yang ditimpanya, tetap ada yang berpendapat rider itu memang patut dibiarkan sahaja di lokasi tersebut kerana berdegil mahu melaluinya meskipun sudah diletakkan kon dan penghadang.

Sumber Gambar: X @AsyrafRosli_
Sumber Gambar: X @AsyrafRosli_

Malah, ada yang merasakan ia sesuatu yang lucu kerana jarang-jarang dapat lihat kejadian sebegitu. Setakat ini, kami masih belum dapat kepastian bagaimana insiden itu boleh berlaku atau pun lokasi sebenarnya.