Pemilik Cardiff City dan KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan tanpa berselindung mengakui bersedia untuk memberikan peluang kepada pemain lincah, Arif Aiman Mohd Hanapi untuk beraksi bersama salah satu daripada kelabnya itu.

Perkembangan tersebut disahkan jutawan itu dalam satu laporan dikeluarkan sumber Harian Metro, sebentar tadi.

Baca Juga:

“Sudah tentu dia terikat kontrak dengan JDT, kalau JDT sanggup lepaskan saya sedia pertimbangkan,” ujar Vincent mengulas mengenai perkara tersebut.

Dengan kemampuan hebat dimiliki Arif Aiman, tidak mustahil untuk melihat beliau berkelana ke luar negara untuk mengembangkan bakatnya.

Sebelum ini pemain berusia 22 tahun itu dikatakan telah dirisik tiga kelab terkemuka Iran untuk dibawa beraksi dalam saingan Liga Persian Gulf Pro.

Malah salah satu podcast di Scotland, The Rangers Journal turut mengatakan Arif Aiman berpotensi untuk menyinar sekiranya beraksi bersama kelab di Eropah.

“Arif Aiman ​​adalah pemain sayap pantas yang penuh dengan kelajuan, ketangkasan, kemahiran dan pergerakan yang hebat dari bola.”

“Perkara pertama apabila Aiman ​​menerima bola adalah untuk menyerang pertahanan tetapi dia juga telah menambah sentuhan penamat klinikal sama ada dengan menjaringkan atau membantu/mencipta peluang untuk rakan sepasukan.”

Cardiff City adalah kelab Wales yang beraksi di EFL Championship dimana pada ketika ini sedang menghuni tangga ke-21 daripada 24 pasukan bertanding.

Manakala, KV Kortrijk pula nyata tidak asing buat peminat bola sepak tanah air kerana Luqman Hakim Shamsudin masih mempunyai baki kontrak bersama kelab liga utama Belgium itu sehingga penghujung musim ini.

Sumber