Tonggak Real Madrid, Vinicius Jr menafikan dakwaan bahawa beliau memboikot majlis penyerahan Ballon d’Or 2024 selepas gagal gelaran tersebut.

Seperti apa yang terjadi pada 29 Oktober tahun lalu, difahamkan delegasi Real Madrid termasuklah Vinicius memboikot majlis tersebut.

Baca Juga:

Kem Real Madrid tidak menghadirkan diri dengan membatalkan tiket penerbangan ke Paris walaupun Los Blancos dan Carlo Ancelotti berjaya memenangi gelaran kelab lelaki dan pengurus terbaik.

Namun, oleh kerana kegagalan pemain sayap lincah itu untuk menjadi pemenang Ballon d’Or yang akhirnya menjadi milik pemain tengah Manchester City, Rodri, keseluruhan kem Real Madrid memilih untuk memboikot anugerah tersebut.

Vinicius
Soccer Football – Champions League – Round of 16 – First Leg – Real Madrid v Atletico Madrid – Santiago Bernabeu, Madrid, Spain – March 4, 2025 Real Madrid’s Rodrygo celebrates scoring their first goal with Vinicius Junior REUTERS/Violeta Santos Moura

Vinicius Hanya Patuhi Arahan Real Madrid

Tidak mahu dipandang serong ekoran kejadian tersebut, Vinicius tampil untuk menceritakan perkara sebenar tindakan yang dilakukannya.

“Saya tidak pernah merasa dikhianati [kerana tidak memenangi Ballon d’Or],” ujar beliau menurut sumber laporan Goal.

“Orang membuat pilihan berdasarkan apa yang mereka percayai. Saya mempunyai pemikiran sendiri, begitu juga dengan rakan-rakan lain dalam pasukan saya.”

“Saya tidak pernah bermimpi untuk menang Ballon d’Or. Tetapi jika hampir untuk memenanginya, sudah tentu saya nak memenanginya, tetapi saya masih mempunyai pilihan untuk memenangi anugerah penghargaan yang lain.”

Vinicius
Kredit Foto: REUTERS/Hannah Mckay

“Saya sudah memenangi dua gelaran UEFA Champions League dan saya di sini adalah untuk memenangi lebih banyak trofi lagi.”

“Itu adalah [boikot Ballon d’Or 2024] keputusan kelab. Saya melakukan apa yang sesuai dengan apa yang mereka minta. Mereka meminta saya untuk terus kekal di Madrid dan saya melakukannya dengan tenang,” ujar Vinicius Jr lagi.

 

 

Sumber