Penyerang Brazil dan Real Madrid, Vinicius Jr percaya bahawa tindakannya yang kuat dalam memerangi perkauman di Eropah memberikan kesan kepada kegagalannya merangkul Ballon d’Or.

Vini tak akan berganjak daripada pendiriannya dan bertekad akan terus memerangi perkauman walaupun tindakannya boleh menyebabkan dia tidak memenangi Ballon d’Or.

Vinicius telah membuat naik status di media sosial selepas menduduki tempat kedua dalam undian anugerah berprestij di belakang pemain tengah Sepanyol dan Manchester City, Rodri.

“Saya akan melakukannya 10 kali ganda lagi jika perlu. Mereka belum bersedia,” kata Vinicius menyiarkan pada X selepas pasukan La Liganya, Real Madrid membatalkan rancangan mereka untuk menghadiri majlis di Paris.

Real Madrid memboikot majlis dengan menjangkakan pemain Brazil itu tidak memenangi anugerah tersebut.

Vini memaksudkan dia akan terus menentang perkauman, sebagaimana diberitahu jurucakapnya kepada Reuters.

Real turut memenangi anugerah kelab lelaki terbaik tahun ini, dan pengurus mereka Carlo Ancelotti dinamakan sebagai jurulatih terbaik selepas memenangi kejuaraan berganda, UCL dan Liga Sepanyol dalam kempen yang hampir sempurna musim lalu.

“POLITIK BOLA SEPAK X [pangkah]. Saudara saya, anda adalah pemain terbaik di dunia dan tiada anugerah boleh berkata sebaliknya. Love you my bro,” tulis Camavinga di X.

Camavinga turut  melabel Vinicius Jr sebagai terbaik di dunia.

Pemain wanita legenda Brazil, Marta pula berkata: “Saya menunggu sepanjang tahun untuk Vini Jr layak diiktiraf sebagai pemain terbaik di dunia dan kini mereka datang untuk memberitahu saya bahawa Ballon d’Or bukan untuknya?”

Vinicius sebelum ini dianggap calon utama untuk memenangi Ballon d’Or. Minggu lalu Carlo Ancelotti juga yakin prestasi cemerlang pemain itu ketika menentang Dortmund menguatkan lagi statusnya sebagai pemain terbaik dunia ketika ini.