Sebelum ini tular di media sosial keadaan daif Stesen Bas Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan dimana suasana persekitaran dilihat tidak selesa dan kekurangan pelbagai kemudahan sekaligus dianggap sebagai lokasi pengangkutan awam yang ketinggalan zaman.
Tahukah anda bahawa stesen bas tersebut merupakan stesen bas sementara paling lama di Malaysia iaitu sudah beroperasi selama 12 tahun tetapi masih tiada pembaharuan. Susulan selepas 5 bulan tular keadaan daif stesen tersebut, seorang pengguna TikTok @luqmanlong telah berkongsi ‘perubahan’ di stesen bas tersebut.
Baca Juga:
- Kualiti Air Di Kelantan Kotor Sehingga Lelaki Ini Dapat Penyakit Kulit
- Seakan Dalam Anime Ghibli, Video Kecantikan ‘Sand Dunes’ Di Kelantan Ini Buat Netizen Terpegun
- Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
@luqmanlong Lepas viral, Terminal Bas Kota Bharu akhirnya ada signboard baru! #fyp #kelantan #terminal #kotabharu #miskin #terengganu #aok
Menerusi video terbabit, Luqman telah ke stesen bas tersebut melihat jika berlaku sebarang perubahan selepas videonya yang lalu tular. Dapat dilihat, apa yang diperbaharui hanyalah ‘signboard’ dan kerusi diwarnakan semula tetapi fasiliti lain masih sama tiada perubahan.
Lantaran itu, video tersebut juga telah dikongsikan kembali di media sosial seperti Twitter sehingga mendapat perhatian orang ramai. Rata-rata netizen juga berasa kasihan melihat keadaan stesen bas tersebut daif dan tiada perubahan.
https://twitter.com/adhamiroo/status/1593752583034007553
Terminal bas macam reban ayam, airport takde golden lounge, priority departure lane takde, sia sia beli business class, bas rapid dalam bandar dah terkubur, taxi harga yahudi. Tu baru sembang public transport dah gagal besar. Buta agaknya siapa yang undi bulan ni https://t.co/q8IfJflvGU
— Jaq (@RazzaqJe) November 19, 2022
Bukan itu sahaja, para netizen juga berharap stesen bas ‘sementara’ itu akan dibaik pulih dan diperbaharui jika benar tiada stesen bas baharu akan dibina. Malah, rata-rata netizen juga mahu stesen bas tersebut dinaik taraf supaya penggunanya selesa.
Untuk rekod, Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral (KB Sentral) dijangka siap pada hujung 2025 bagi menggantikan terminal bas sementara ini yang sudah beroperasi selama lebih 12 tahun.