Tular satu video di mana seorang lelaki datang mahu berhutang dengan seorang pekerja kedai runcit dengan cara sangat agresif.
Dalam video tersebut, lelaki itu juga turut menunjukkan isyarat jari tengah dan mendakwa bahawa dia tidak takut dengan polis kerana polis cuma berada di belakang tapak kakinya.

Dia tidak berpuas hati dan mendesak pekerja tersebut untuk memberikannya hutang dan berjanji akan bayar keesokan harinya.
Namun pekerja tersebut tetap tidak mahu memberikan hutang kepada lelaki tersebut kerana menurutnya, majikannya sudah merungut tentang perkara tersebut.
“Saya tidak boleh berikan hutang sebab bos sudah merungut tentang hal ini. Saya cuma jaga kedai di sini, abang kenalah faham juga,” tegas pekerja itu.
Namun lelaki tersebut mempersoalkan: “Aku yang kena faham semua ini?”
Pekerja tersebut membalas: “Ya lah, kan abang yang nak berhutang bukannya saya.”
Seterusnya lelaki tersebut memberitahu: “Orang lain banyak berhutang dengan aku, pun aku diam sahaja.”
Lalu pekerja itu membalas: “Ya lah, tetapi bukannya saya yang berhutang dengan abang.”
Seterusnya lelaki tersebut bertanya dari mana asal pekerja itu, kerana dia berasal dari Minang. Pekerja itu menjawab dia orang Aceh.
Lalu lelaki tersebut mengungkit tentang sejarah antara Minang dan Aceh. Lalu dia mengugut mahu mengantar pekerja itu ke penjara atau lokap sesuai dengan kemahuan pekerja tersebut.
Dia yang rasa tercabar telah menumbuk dinding kedai tersebut. Video tersebut tular di beberapa platform media sosial.
@rancakviral.rv Nak hutang apa tu? #hutang #minang #aceh #kedai #fyp @ADAAMAINA
Netizen geli hati melihat telatah lelaki tersebut. Ada yang berkata: “Nak berhutang macam nak kutip hutang.”
@chipon098 sorang aceh sorang cucu minangπ€£adoi nk berhutang mcm kutip hutang dey aiyotoma π€¦π»ββοΈ kredit for paparitz channel #aceh #minang #indonesia #fyp #viral
β¬ bunyi asal – βΆβΆ βΈβββββ β·β· – βΆβΆ βΈβββββ β·β·
Yang lain berkata: “Pelik sekarang, aku yang member aku hutang ni pula segan nak minta balik, ni yang berhutang pula tak malu tinggikan suara nak berhutang.”