Chiang Mai, Thailand menjadi saksi pada minggu ini sempena pelancaran kempen terbaru Malaysia iaitu ‘Visit Malaysia 2020’. Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz diadakan di Chiang Mai sempena ASEAN Tourism yang berlangsung pada minggu ini.

Menurut YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, kempen ini sekaligus bakal membolehkan Malaysia menerima lebih 36 juta pelancong menjelang 2020 sekaligus mengutip meningkatkan pengaliran wang masuk ke dalam negara kita sebanyak RM168 bilion.

Sumber: NST

Slogan ‘Travel.Enjoy.Respect’ dipilih sebagai pemangkin buat orang ramai dalam menjemput pelancong luar dengan penuh adab dan menceriakan. Menurut YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz lagi, beliau sangat yakin dengan perkembangan Malaysia sebagai hab pelancongan pilihan pelancong dan yakin industri ini mampu berkembang dengan lebih lagi.

Kehadiran beberapa hotel mewah seperti Four Seasons, Movenpick dan Hilton antara yang bakal menyumbang kepada penawaran mencecah 1,000 bilik buat para pelancong.

Visit Malaysia 2020
Logo Visit Malaysia 2020

Kempen Visit Malaysia 2020 turut diumumkan dengan logo rasmi. Berdasarkan tinjaun kami, ramai netizen di Twitter ternyata kurang berpuas hati dengan logo rasmi Visit Malaysia 2020. Tampak tidak profesional dan yakin Malaysia mampu menghasilkan logo yang lebih baik antara yang menjadi keluhan.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah dengan logo dan slogan yang digunakan pada kempen Visit Malaysia 2020 kena dengan citarasa anda atau sebaliknya? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.

Sumber